Forest City atau Hutan Bandar Johor merupakan Pembangunan hartanah serba Mewah dan Elit yang terletak di Mukim Gelang Patah, Johor, Malaysia seluas 1,370 hektar. Dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan diperkenan oleh Baginda Sultan Johor, Sultan Ibrahim. Forest City dijangka mewujudkan lebih 220,000 peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan menjelang tahun 2035. Forest City di Johor dengan kerjasama Esplanade Danga 88, sebuah syarikat bersekutu Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ), melalui usaha sama, Country Garden Holding Ltd (CGPV), dengan CGPV memegang 60 peratus kepentingan sementara itu KPRJ memegang pegangan 40 peratus saham bersama.[1] Forest City terletak dibawah pengurusan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri.

Forest City
Hotel Marina Antarabangsa Phoenix Forest City

Lokasi sunting

Forest City terletak di Kampung Tanjung Kupang bersebelahan dengan Pelabuhan Tanjung Pelepas. Forest City asalnya kawasan hutan paya bakau didiami penduduk tempatan yang bekerja sebagai petani dan nelayan di Kampung Tanjung Kupang.

Tahap ketersampaian sunting

  • Jalan Skudai-Gelang Patah.
  • Lebuhraya Tanjung Pelepas.

Pembangunan sunting

  • Kediaman Apartment mewah.[2]
  • Kediaman Banglo mewah.
  • Hotel mewah.
  • Pusat Beli Belah.
  • Pusat Perniagaan dan Industri Antarabangsa.
  • Pusat Rekreasi Mesra Alam (Teknologi Hijau).

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

Pautan luar sunting