Buka menu utama
Lukisan ambaran Franz von Taxis.

Franz von Taxis (1459-1517) ialah seorang pegawai bangsa Jerman dalam keturunan bangsawan Thurn und Taxis dalam Empayar Suci Rom. Beliau merupakan salah satu pelopor perkhidmatan pos di benua Eropah iaitu Kaiserliche Reichspost. Beliau berkhidmat sebagai ketua pengurus pos Hapsburg serta Sepanyol pada tahun 1504 di bawah pemerintahan Raja Felipe I dari Castilla.

BiografiSunting

Pada 1490, Franz dan abangnya Janetto mendapat kebenaran daripada pemerintahan Maharaja Maximilian I untuk mendirikan suatu perkhidmatan menghantarkan barang dan surat utusan merangkumi kawasan-kawasan naungan baginda termasuk Belanda Sepanyol, Bourgogne, Austria, serta Sepanyol.[1] Pada 1506[2], Putera Felipe dikurniakan gelaran sebagai raja Castilla setelah berkahwin dengan Joanna dari Castilla, maka baginda menobatkannya sebagai seorang "kapten dan ketua pos" (« capitaine et maître de nos postes ») bagi kerajaan baginda. Mereka diberikan bayaran tahunan 12,000 livre menampung pengurusan dan pengendalian perkhidmatan mereka yang kini meliputi Jerman, Perancis dan Sepanyol.[3]

RujukanSunting

  1. ^ Berthe Delepine, in Histoire de la Poste internationale en Belgique sous les Grands Maîtres des postes de la Famille de Tassis, publié sous les auspices de l'Administration des Postes de Belgique, Bruxelles, Wellens & Godenne, 1952
  2. ^ Poste espagnole
  3. ^ Louis Halphen; Philippe Sagnac, para penyunting (1946). Peuples et civilisations: histoire générale. m/s. 49. 

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.