Frigat kelas Iver Huitfeldt
Iver Huitfeldt adalah sebuah kelas frigat pertahanan udara yang terdiri dari tiga buah kapal dan memasuki perkhidmatan dengan Tentera Laut Diraja Denmark pada tahun 2012 dan 2013.[8][9][10]
HDMS Niels Juel belayr di Laut Merah pada 15 April 2019.
| |
Ringkasan kelas | |
---|---|
Pembina: |
|
Pengguna: | Tentera Laut Diraja Denmark[2] |
Didahului oleh: | Korvet kelas-Niels Juel[3] |
Sub-kelas: | Frigat Type 31 |
Kos: | AS$325 juta per kapal[4][5] |
Dibina: | 2008–2011 |
Ditauliahkan: | 2012–kini |
Dirancang: | 3 |
Disiapkan: | 3 |
Ciri-ciri umum | |
Jenis: | Frigat pertahanan udara |
Sesaran: | 6,645 t (6,540 long ton) (muatan penuh) |
Panjang: | 138.7 m (455 ka 1 in) |
Lunas: | 19.75 m (64 ka 10 in) |
Draft: | 5.3 m (17 ka 5 in) |
Jana kuasa: | |
Halaju: | 30 knot (56 km/j; 35 mph) |
Jarak: | 9,000 nmi (17,000 km; 10,000 bt) at 18 knot (33 km/j; 21 mph)[7] |
Anak kapal: | 165 |
Sistem penderia dan pemprosesan: |
|
Peperangan elektronik & pengumpan: |
|
Persenjataan: |
|
Pesawat yang dibawa: | 1 × MH-60R |
Kemudahan penerbangan: | Dek helikopter dan hangar |
Kapal-kapal dalam kelas
suntingNama | Nombor | Dibaringkan | Dilancarkan | Ditauliahkan | Status | Lencana |
---|---|---|---|---|---|---|
Iver Huitfeldt | F361 | Jun 2008 | Mac 2010 | Januari 2011 | Aktif | |
Peter Willemoes | F362 | Mac 2009 | Disember 2010 | Jun 2011 | Aktif | |
Niels Juel | F363 | Disember 2009 | Disember 2010 | November 2011 | Aktif |
Bidaan eksport
suntingAustralia
suntingSyarikat penerus bagi limbungan kapal asal, OMT, telah mencadangkan kelas Iver Huitfeld untuk program pembelian frigat Tentera Laut Diraja Australia, yang akan dibina di Australia dan diubahsuai untuk peperangan anti kapal selam.[11] (bersama-sama dengan Tentera Laut Diraja New Zealand kerana ia juga menggunakan frigat kelas-Anzac yang diubahsuai sama seperti unit yang digunakan oleh Tentera Laut Diraja Australia). Bagaimanapun, OMT bukan antara tiga persaing yang disenarai pendek oleh Australia untuk program frigat SEA 5000 pada bulan April 2016.
Kanada
suntingFrigat kelas Iver Huitfeldt merupakan pesaing dalam Projek Penempur Permukaan Kelas Tunggal Kanada.[2] Bagaimanapun, timbul kebimbangan akan proses keadilan dalam bidaan yang menyebabkan dua buah limbungan kapal Eropah, kemungkinan ThyssenKrupp Marine Systems dan Odense Maritime Technology dari Jerman, menolak untuk menghantar bidaan.[12]
United Kingdom
suntingPada akhir bulan Mei 2018, sebuah konsortium yang terdiri daripada Babcock International, BMT Group dan Thales Group telah mengumumkan rekabentuk "Arrowhead 140", berdasarkan bentuk kapal frigat kelas Iver Huitfeldt, untuk program frigat Type 31e Tentera Laut Diraja.[13] Satu pengumuman dibuat pada 12 September 2019 bahawa rekabentuk Arrowhead 140 telah terpilih sebagai pemenang dalam program frigat Type 31.[14][15][16]
Indonesia
suntingPada Mac 2019, satu versi kelas Iver Huitfeldt buatan Denmark muncul sebagai pesaing utama untuk membekalkan dua buah frigat kepada Tentera Laut Indonesia bernilai US$720 juta berdasarkan kepada laporan oleh Jane's.[17] Tentera Laut Indonesia dijangka akan membeli dua buah frigat kelas-Iver Huitfeldt dengan satu rancangan belanjawan bernilai AS$ 720 juta sepertimana MEF Fasa 3 pada 2020–2024. Para pegawai Kementerian Pertahanan dan kerajaan Indonesia mengadakan beberapa mesyuarat berkenaan untuk membincangkan pembelian kapal-kapal ini. Menjelang 14 Mac 2019, mesyuarat awal diadakan antara Kementerian Pertahanan Indonesia dan Odense Maritime Technology berkenaan isu-isu teknikal dan potensi kerjasama. Denmark telah menawarkan satu skim "perpindahan teknologi" (ToT) kepada Indonesia, seperti binaan frigat modular yang direka oleh BUMN PT PAL.[17]
Pada Februari 2020, satu delegasi pertahanan dari Indonesia telah pergi ke Denmark, dan melawat Niels Juel. Berdasarkan pada media Indonesia, timbalan Menteri Pertahanan Indonesia Sakti Wahyu Trenggono berkata pada bulan Mac bahawa PT PAL dari Indonesia telah ditugaskan untuk membangunkan satu rekabentuk untuk dua buah kapal dalam masa lima tahun, dengan kos Rp1.1 trilion (atau ASD720 juta) dengan kerjasama Denmark, untuk Tentera Laut Indonesia.[18][19] Pada 30 April, para pewakilan daripada Kementerian Pertahanan Indonesia, limbungan kapal PT PAL dan PT Sinar Kokoh Persada, sebuah agen Indoensia bagi syarikat Odense Maritime Technology (OMT) dari Denmark, telah bersetuju untuk sebuah kontrak perolehan frigat Denmark. Antara perkara dalam kontrak termasuk aturan agihan kerja yang akan dilakukan selepas kontrak sebenar dimaterai.[20]
Lihat juga
suntingKapal serupa
sunting- Frigat kelas-Álvaro de Bazán, sebuah rekabentuk Sepanyol yang diterima pakai oleh tentera laut Australia, Norway dan Sepanyol.
- Frigat Type 26, sebuah frigat rekabentuk Britain yang juga digunakan oleh Tentera Laut Diraja, Australia dan Kanada.
- Frigat kelas-Shivalik dan kelas Nilgiri frigat halimunan dalam Tentera Laut India
- Frigat MKS 180 frigat dalam Tentera Laut Jerman
- Frigat pelbagai peranan FREMM, kerjasama Itali/Perancis
Rujukan
sunting- ^ a b Pryce, Paul (13 November 2013). "The Future of Canada's Navy". RealClearDefense. Dicapai pada 20 March 2014.
- ^ "Store fregatter på vej". Forsvaret.dk (dalam bahasa Danish). 11 February 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 May 2014.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ Cavas, Christopher (21 November 2014). "Sleek, modern and built on a budget – Denmark's latest frigate". Intercepts. Defense News. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 January 2016. Dicapai pada 30 October 2015.
- ^ Hammes, Thomas (6 August 2013). "Getting Our Money's Worth: LCS vs Iver Huitfeldt-Class". War on the Rocks.
- ^ Muradian, Vago (29 November 2016). "Design Philosophy of Denmark's Iver Huitfeldt-Class Frigates". Defense & Aerospace Report.
- ^ "The Iver Huifeldt Class: Modular Frigates for an Uncertain Future". Odense Maritime Technology. Dicapai pada 15 April 2021.
- ^ "Danish frigate program" (PDF). Danish Defence Acquisition and Logistics Organization. Dicapai pada 5 September 2019.
- ^ "Nye fregatter". forsvaret.dk (dalam bahasa Danish). Diarkibkan daripada yang asal pada 2 April 2009.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^
"An Overview of Current, On-Going Danish Naval Projects 2005–2009 Projekt Patruljeskib – the Iver Huitfeld class Patrol Ship/Future Frigate". Canadian American Strategic Review. July 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 March 2013.
Euphemisms for 'frigate' have become the norm in Denmark – the frigate-sized Thetis class OPVs were dubbed Inspektionsskib and Absalon class support ships will never be called Transport Frigates in official use. However, it is hard to see the planned powerful, heavily-armed Patruljeskib as anything other than frigates.
- ^ Stewart, Cameron (17 March 2016). "Navy frigates in a $30bn race to the future". The Australian. Dicapai pada 25 March 2016.
- ^ Pugliese, David (5 December 2017). "Liberals reject warship proposal that companies said would save taxpayers as much as $32B". National Post. Dicapai pada 5 December 2017.
- ^ Allison, George (31 May 2018). "Babcock launches 'Team 31', selects Arrowhead 140 design for Type 31e frigate competition". UK Defence Journal. Dicapai pada 15 April 2021.
- ^ Tovey, Alan (24 August 2019). "Babcock set to build new cut-price frigates and weaken BAE shipbuilding monopoly". Daily Telegraph. London. Dicapai pada 26 August 2019.
- ^ Pfeifer, Sylvia; Payne, Sebastian & Dickie, Mure (12 September 2019). "Babcock group wins contract to build Royal Navy frigates". Financial Times. London and Edinburgh. Dicapai pada 12 September 2019.
- ^ "Design of new Type 31 frigates selected". Royal Navy. 12 September 2019. Dicapai pada 12 September 2019.
- ^ a b Rahmat, Ridzwan (12 March 2019). "Indonesia leans towards Iver Huitfeldt class for frigate acquisition". Jane's Navy International. Dicapai pada 21 September 2019.
- ^ Gunawan, Deden. "Bicara Industri Pertahanan, Wamenhan: Harusnya Tak Rugi". detiknews (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 14 June 2020.
- ^ "Indonesia Looking at Iver Huitfeldt-class Frigate to Boost TNI-AL's Blue Water Force". Naval News. 9 June 2020. Dicapai pada 14 June 2020.
- ^ "Jelang Pembangunan Unit Perdana Frigat Iver Huitfeldt, Kemhan, PT PAL dan Prinsipal Atur Soal Workshare". Indomiliter.com. 13 June 2020. Dicapai pada 14 June 2020.
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Frigat kelas Iver Huitfeldt |
- Royal Danish Navy Official Home Page on New Frigates @ Danish Defence Homepage