Gabenor Bank Negara Malaysia

Gabenor Bank Negara Malaysia adalah jawatan ekonomi tertinggi Malaysia. Gabenor BNM merupakan ketua seluruh institusi kewangan di Malaysia. Beliau menjalankan urusan dan hal ehwal bank mengikut dasar yang ditetapkan oleh Lembaga Pengarah BNM.[1]

Gabenor Bank Negara Malaysia
ڬابنور بڠك نڬارا مليسيا
Central Bank of Malaysia logo.png
Penyandang
Nor Shamsiah Mohd Yunus

sejak 1 Julai 2018
Bank Negara Malaysia
GelaranYang Berbahagia
PejabatJalan Dato' Onn, 50480 Kuala Lumpur
PelantikYang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri Malaysia
Constituting instrumentAkta Bank Negara Malaysia 2009
PembentukanJanuari 1959
Pemegang pertamaW H Wilcock
sebagai Gabenor Bank Negara Tanah Melayu
Laman webwww.bnm.gov.my

Di dalam Seksyen 15 (1) Akta Bank Negara Malaysia 2009 memperuntukkan bahawa Gabenor hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Gabenor oleh Menteri Kewangan II (yang bertanggungjawab terhadap kewangan negara).

Setakat ini, (berkuatkuasa pada 1 Mei 2016) bilangan Gabenor Bank Negara Malaysia adalah seramai 8 orang. Penyandang terkini ialah Datuk Muhammad bin Ibrahim

Latar Belakang Gabenor Bank Negara MalaysiaSunting

Gabenor BNM Pertama, Tan Sri W. H. Wilcock (1959-1962)Sunting

Mantan Gabenor BNM Pertama iaitu Mendiang Tan Sri William Howard Wilcock merupakan warganegara Australia. Pada September 1956 cadangan dan dasar perundangan untuk penubuhan sebuah Bank Pusat di Tanah Melayu dikeluarkan dalam “Laporan Caine Watson”.

Pada ketika itu, beliau berkhidmat sebagai Timbalan Gabenor Bank Komanwel Australia (kini Bank Rizab Australia/Reserve Bank of Australia). Pada tahun 1958, beliau datang ke Tanah Melayu sebagai Penasihat Perbankan kepada Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu.

Pada tahun 1959 ,beliau dilantik oleh SPB YDPA Tuanku Abdul Rahman sebagai Gabenor Pertama dan Pengerusi Lembaga Bank Pusat Malaya (ketika itu dikenali sebagai Bank Negara Tanah Melayu) selama 2 tahun. Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu memperbaharui kontrak selama 6 bulan lagi.

Beliau bersara daripada jawatan Gabenor BNM pada tahun 1962 dan kembali ke Australia untuk mengisi jawatan sebagai Pengurus Besar di Bahagian Percetakan Nota di Bank Rizab Australia dan menyelia pengenalan matawang perpuluhan Australia.

Gabenor BNM Kedua, Tun Ismail Mohd. Ali (1962 - 1980)Sunting

Mantan Gabenor BNM ke-2 iaitu Allahyarham Tun Ismail bin Mohd Ali menggantikan Tan Sri W. H. Wilcock sebagai Gabenor BNM. Sepanjang beliau menjadi Gabenor BNM, beliau dilihat telah memacu dunia perbankan sehingga Malaysia muncul dengan konsep mata wang yang kukuh dan dihormati di mata dunia.

Beliau menjadi Ahli Bank Malaysia yang paling terkemuka, menjadi Gabenor Bank Negara selama 18 tahun iaitu dari 1962 hingga 1980, mencatat rekod sebagai Gabenor Bank Pusat yang paling lama berkhidmat di Asia. Beliau meninggal dunia pada 19 Julai 1998 kerana komplikasi selsema pada usia 80 tahun. Sebuah bangunan di Kuala Lumpur dinamakan sebagai 'Menara Tun Ismail Mohd Ali' di Jalan Raja Laut sempena nama beliau pada tahun 2003.

Gabenor BNM Ketiga, Tan Sri Dato' Abdul Aziz Taha (1980-1985)Sunting

Mantan Gabenor BNM ke-3 iaitu Tan Sri Dato' Abdul Aziz bin Haji Taha menggantikan Tun Ismail Mohd Ali yang bersara pada 1980. Pada era ini (1982), siri wang kertas yang ke-2 telah diperkenalkan. Nilai wang kertas yang telah diperkenalkan ialah nilai $1, $5, $10, $20, $50, $100, $500, dan $1000.

Gabenor BNM ke-4, Tan Sri Dato' Jaffar Hussein (1985-1994)Sunting

Mantan Gabenor BNM ke-4 iaitu Tan Sri Dato' Jaffar bin Hussein menggantikan Tan Sri Dato' Abdul Aziz Taha yang bersara pada 1985. Pada era pemerintahan beliau (1993), duit kertas $1 telah digantikan dengan duit syling emas.

Gabenor BNM ke-5, Tan Sri Dato' Ahmad Mohd. Don (1994-1998)Sunting

Mantan Gabenor BNM ke-5 iaitu Tan Sri Dato' Ahmad bin Mohd. Don menggantikan Tan Sri Dato' Jaffar Hussein yang bersara pada 1994. Pada era pemerintahan beliau (1996), siri wang kertas yang ke-3 telah diperkenalkan dengan reka bentuk bersemangat Wawasan 2020. Nilai Dollar ($) juga ditukarkan kepada nilai Ringgit Malaysia (RM). Beliau juga antara individu yang bertanggungjawab dalam menyelesaikan Krisis Kewangan Asia 1997.

Gabenor BNM ke-6, Tan Sri Dato' Seri Ali Abul Hasan Sulaiman (1998-2000)Sunting

Mantan Gabenor BNM ke-6 iaitu Tan Sri Dato' Seri Ali Abul Hasan Sulaiman menggantikan Tan Sri Dato' Ahmad Mohd. Don yang bersara pada 1998. Pada era pemerintahan beliau, wang kertas RM1.00 diperkenal semula. Tandatangan beliau pada wang kertas juga merupakan antara yang unik kerana jika dibaca secara kasar, nama Aisyah akan kelihatan sekali gus menimbulkan tanda tanya dan misteri kepada pengumpul duit kertas masa kini kerana tiada Gabenor BNM yang bernama Aisyah.

Gabenor BNM ke-7, Tan Sri Dato' Seri Dr. Zeti Akhtar Aziz (2000-2016)Sunting

Mantan Gabenor BNM ke-7 iaitu YM Tan Sri Dato' Seri Dr. Ungku Zeti Akhtar binti Professor DiRaja Tun Dr. Ungku Abdul Abdul Aziz menggantikan Tan Sri Dato' Seri Ali Abul Hasan Sulaiman yang bersara pada 2000. Beliau merupakan Gabenor BNM wanita yang pertama. Beliau juga dilihat antara wanita yang bergitu berkuasa di Malaysia (selain Raja Permaisuri Agong dan Isteri Perdana Menteri).

Pada 13 September 2010, beliau telah dipilih sebagai antara Ketua Bank Pusat Terbaik Dunia oleh majalah Global Finance. Ia berdasarkan faktor kawalan inflasi, sasaran pertumbuhan ekonomi, kestabilan mata wang dan pengurusan kadar faedah. Pada era pemerintahan beliau, siri wang kertas yang ke-4 telah diperkenalkan. Beliau bersara pada 28 April 2016 selepas 16 tahun memegang pentadbiran kewangan tertinggi negara.

Gabenor BNM ke-8, Tan Sri Dato' Seri Muhammad Ibrahim (2016-2018)Sunting

Gabenor BNM ke-8 iaitu Tan Sri Dato' Seri Muhammad bin Ibrahim merupakan Gabenor BNM menggantikan Tan Sri Dato' Seri Dr. Zeti Akhtar Aziz yang bersara pada 2016. Perlantikan beliau berkuatkuasa pada 1 Mei 2016. Beliau mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai gabenor pada 14 Jun 2018.

Gabenor BNM ke-9, Datuk Nor Shamsiah binti Mohd Yunus (2018-kini)Sunting

Gabenor BNM ke-9 iaitu Datuk Nor Shamsiah binti Mohd Yunus merupakan Gabenor BNM menggantikan Tan Sri Datuk Muhammad bin Ibrahim yang meletakkan jawatan pada 14 Jun 2018 atas desakan politik. Perlantikan beliau berkuatkuasa pada 1 Julai 2018.

Senarai Gabenor Bank Negara MalaysiaSunting

No. Nama Gambar Tempoh menjawat Menteri Kewangan Pengarah Urusan
IMF
Presiden
WBG
Mula Akhir
1 W. H. Wilcock
Tan Sri
William Howard Wilcock
Januari 1959 Julai 1962 Henry Lee Hau-shik
Tan Siew Sin
Per Jacobsson Eugene R. Black, Sr.
2 Ismail Mohd Ali
Tun
Ismail bin Mohd Ali
Julai 1962 Julai 1980 Tan Siew Sin
Abdul Razak bin Hussein
Hussein bin Onn
Tg. Razaleigh Tg. Hamzah
Per Jacobsson
Pierre-Paul Schweitzer
Johan Witteveen
Jacques de Larosière
Eugene R. Black, Sr.
George D. Woods
Robert McNamara
3 Abdul Aziz Taha
Tan Sri Dato'
Abdul Aziz bin Taha
Julai 1980 Jun 1985 Tg Razaleigh Tg. Hamzah
Daim Zainuddin
Jacques de Larosière Robert McNamara
Alden W. Clausen
4 Jaffar Hussein
Tan Sri Dato'
Jaffar bin Hussein
Jun 1985 Mei 1994 Daim Zainuddin
Anwar Ibrahim
Jacques de Larosière
Michel Camdessus
Alden W. Clausen
Barber Conable
Lewis T. Preston
5 Ahmad Mohd Don
Tan Sri Dato'
Ahmad bin Mohd. Don
Mei 1994 Ogos 1998 Anwar Ibrahim Michel Camdessus Lewis T. Preston
James Wolfensohn
6 Ali Abul Hassan Sulaiman
Tan Sri Dato' Seri
Ali Abul Hasan bin Sulaiman
September 1998 1 Mei 2000 Anwar Ibrahim
Mahathir Mohammad
Daim Zainuddin
Michel Camdessus James Wolfensohn
7 Zeti Akhtar Aziz
YM Tan Sri Dato' Seri Dr.
Ungku Zeti Akhtar binti
Prof. DiRaja Tun Dr.
Ungku Abdul Aziz
  1 Mei 2000 28 April 2016 Daim Zainuddin
Mahathir Mohammad
Abdullah Ahmad Badawi
Mohd. Najib Abdul Razak
Horst Köhler
Rodrigo Rato
Dominique Strauss-Kahn
Christine Lagarde
James Wolfensohn
Paul Wolfowitz
Robert Zoellick
Jim Yong Kim
8 Muhammad Ibrahim
Tan Sri Dato' Seri
Muhammad bin Ibrahim
[2]
  1 Mei 2016 14 Jun 2018 Mohd. Najib Abdul Razak
Lim Guan Eng
Christine Lagarde Jim Yong Kim
9 Nor Shamsiah Mohd Yunus
Datuk
Nor Shamsiah binti Mohd Yunus
[3]
1 Julai 2018 Kini Lim Guan Eng

Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz

Christine Lagarde Jim Yong Kim

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  1. ^ "BNM Administered Legislation". Bank Negara Malaysia. Dicapai pada 4 December 2014.
  2. ^ Gabenor Bank Negara Malaysia terkini
  3. ^ Gabenor Bank Negara Malaysia terkini