Gagap (lagu Stacy)
"Gagap" ialah lagu gubahan dan terbitan Kieran Kuek (dengan lirik ciptaan Mode) sebagai single kedua dari album pertama Stacy, Aku Stacy (2009). Single "Gagap" keluar pada 28 Disember 2008.
"Gagap" | ||||
---|---|---|---|---|
Fail:Gagap.jpg | ||||
Single oleh Stacy | ||||
daripada album Aku Stacy | ||||
Dilancarkan pada | 27 Disember 2008 | |||
Format | Promo single | |||
Genre | Pop dance | |||
Panjang | 3:49 | |||
Syarikat | Maestro Talents Sdn. Bhd. | |||
Penulis | Kieran Kuek, Mode | |||
Penerbit | Kieran Kuek | |||
Kronologi single Stacy | ||||
| ||||
sunting · sunting di Wikidata |
Am sunting
Lagu "Gagap" dipersembahkan buat julung kalinya di malam kemuncak Sehati Berdansa 2. Lagu ini bertemakan masalah ketaksetiaan antara kekasih, iaitu lirik-liriknya menceritakan hubungan yang bertukar masam apabila personanya mempersoal sebab-musabab di sebalik perubahan hati kekasihnya. Lama-kelamaan, barulah dia sedar bahawa kekasihnya itu sedang bermain kayu tiga dengan senyap-senyap.
Senarai runut sunting
- "Gagap [Studio]" – 3:49
Carta sunting
Carta (2008) | Kedudukan tertinggi |
---|---|
Carta Era | 2[1] |
Carta Muzik FM | 4 |
Carta Hot FM 30 | 5 |
Carta Muzik Muzik | 2 |