Game of Witches (siri TV)

Game of Witches (Bahasa Korea: 마녀의 게임|Manyeoui Game) adalah merupakan sebuah melodrama Korea Selatan yang bertemakan dendam yang diarahkan oleh pengarah Lee Hyeong-sun dan mula ditayangkan pada 11 Oktober 2022 di saluran MBC pada setiap hari Isnin sehingga Jumaat pada jam 19:15 hingga 19:50 (KST).

Game of Witches
GenreMelodrama
Keluarga
Cinta
Dendam
Misteri
Ditulis olehLee Do-hyun
PengarahLee Hyeong-sun
Dibintangi oleh
Jang Seo-hee
Kim Kyu-seon
Lee Hyun-seok
Oh Chang-seok
Han Ji-wan
Ban Hyo-jung
Negara asal Korea Selatan
BahasaKorea
Bilangan episod119
Penerbitan
Tempoh siaran35 minit
Syarikat penerbitan
MBC
Penyiaran
Saluran asalMBC TV
Format gambar1080i (HDTV)
Format audioDolby Digital
Siaran asal11 Oktober 2022 – 14 April 2023
Kronologi
MengikutiThe Secret House
Diikuti olehMeant To Be
Laman sesawang

Sinopsis sunting

Kisah bermula apabila Seol Yoo-kyung pernah ditipu oleh Ma Hyun-deok yang mengatakan bahawa anak perempuannya, Jeong Mi-so telah meninggal dunia dalam sebuah tragedi kebakaran. 6 tahun berlalu akhirnya Yoo-kyung mendapati bahawa anak kandungnya ternyata masih hidup dan telah dibesarkan dirumah anak yatim. Hyun-deok yang juga mengetahui akan hal itu kemudian bertindak menukarkan tempat Mi-so dengan Joo Se-young. Dia menipu Yoo-kyung mengatakan bahawa Se-young adalah anak kandungnya yang disangka telah meninggal dunia selama ini.

Pada mulanya Yoo-kyung terpedaya dan percaya bahawa Se-young adalah Mi-so iaitu anak perempuannya yang telah didakwa meninggal dunia suatu ketika dulu. Hyun-deok kemudian menghasut Yoo-kyung agar memusuhi Jung Hye-soo dan mendakwa bahawa gadis tersebut berniat untuk ingin merampas semua hak milik Se-young. Oleh disebabkan Yoo-kyung bertindak membuatkan Hye-soo bercerai dengan suaminya Kang Ji-ho serta membuatkan Hye-soo kini meringkuk didalam penjara.

Setelah bebas daripada penjara, Hye-soo kemudian bertekad ingin membalas dendam terhadap terhadap semua orang yang telah membuatkan dia menderita selama ini. Dia juga bertindak memusuhi Yoo-kyung tanpa mengetahui bahawa wanita tersebut adalah ibu kandungnya. Masa berlalu begitu pantas, akhirnya kini Yoo-kyung mengetahui bahawa Hye-soo adalah anak kandung sebenarnya, bukannya Se-young. Hal itu lagi membuatkan dia semakin marah kepada Hyun-deok kerana telah ditipu hidup-hidup selama ini. Disebabkan itu, Yoo-kyung kini sedar dan mulai mengambil hati Hye-soo agar anak perempuannya itu menerima dirinya semula.

Yoo-kyung kemudian bertekad membalas dendam semula terhadap Hyun-deok dengan membuatkan bekas suami Hye-soo, iaitu Ji-ho menyamar menjadi cucu kandung Hyun-deok. Pada mulanya kerjasama antara mereka untuk membalas dendam terhadap Hyun-deok berjalan lancar namun segalanya menjadi hancur apabila ketamakan mulai menguasai Ji-ho dan ingin membolot syarikat dan harta milik Hyun-deok. Se-young yang juga kini berasa marah dan tidak berpuas hati selepas mendapat layanan dingin Yoo-kyung setelah mengetahui bahawa dia bukannya anak kandung Yoo-kyung kemudian bertindak menyokong dan bersubahat dengan Ji-ho untuk menjatuhkan Yoo-kyung dan Hye-soo. Namun bukan mudah apabila cucu kandung sebenar Hyun-deok iaitu Yoo In-ha muncul dan turut serta membantu Yoo-kyung dan Hye-soo dalam menjatuhkan Ji-ho, Se-young dan Hyun-deok. Ini disebabkan In-ha percaya bahawa punca kematian kedua orang tuanya sebelum ini adalah angkara mereka bertiga.

Pelakon sunting

Watak utama
Kumpulan Seol-kyung
Kumpulan Hye-soo
Kumpulan Cheon-ha
Watak lain

Trivia sunting

Drama ini merupakan drama terbaru lakonan Jang Seo-hee selepas hampir 4 tahun tidak munculkan diri didalam kaca televisyen. Terakhir penampilan beliau berlakon adalah dalam drama Band of Sisters iaitu pada tahun 2017.

Rujukan sunting