Garpu atau garfu (dari perkataan Portugis: garfo[1][2]) ialah alat makan bercabang - disebut gigi - di hujung untuk membantu mengambil makanan dengan menusuk tepat berbanding dengan sudu yang hanya mampu mengaut lebihan bersama makanan diingini. Sebahagian besar garpu memiliki 3 atau 4 gigi, ada juga seberapa jenis garpu hanya mempunyai 2 gigi. Kebanyakan garpu diperbuat daripada logam, namun ada juga diperbuat daripada plastik atau kayu.

Pelbagai jenis garpu

Garpu lebih banyak digunakan dalam masakan Barat; masakan Asia lebih biasa mengaut makanan sama ada dengan penyepit (chopstick) mahupun tangan.Alat ini dipercayai dimulakan penggunaannya di Empayar Rom Timur pada abad ke-4.[3][4]

Jenis sunting

Terdapat pelbagai rekaan garpu yang dikhususkan untuk penjamuan sajian tertentu:

  • garpu khas memotong daging panggang (carving knife) lazim berpemegang tebal dan bergigi dua untuk mencengkam daging yang sedang dipotong-potong kepada bahagian yang ideal untuk dihidang, gigi garpu juga berkembar dan melonjong.
  • garpu yang digunakan untuk mencelup makanan dalam suatu fondue berbadan atau tangkai panjang untuk memudahkan capaian pada bekas cicahan panas.
  • garpu yang khusus dalam memakan salad bertangkai lebih pendek daripada garpu biasa.
  • ada rekaan yang menggabungkan rupa bergigi garpu dengan bentuk sudu yang mencekung iaitu spork (menggabungkan kata-kata spoon "sudu" dan fork "garpu")

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Dalgado, Sebastião Rodolfo (1988). Portuguese Vocables in Asiatic Languages. New Delhi: Asian Educational Services. m/s. 166.
  2. ^ Muzzi, Geraldo Affonso (2014). The Portuguese in Malay Land. Ediçoes Vercial. m/s. 93.
  3. ^ James, Peter; Thorpe, Nick; Thorpe, I. J. (1995). Ancient inventions. Ballantine Books. m/s. 305. ISBN 978-0-345-40102-1.
  4. ^ Casey, Wilson (2009). Firsts: Origins of Everyday Things that Changed the World (ed. F). Penguin. ISBN 978-1-59257-924-2. Dicapai pada 2 Spetember 2013. Check date values in: |accessdate= (bantuan)