Gilbert William Galvan Jr. (tarikh lahir 1957) [1] ialah seorang perompak bank yang dilahirkan di Amerika Syarikat. Membesar di California dan selepas menghabiskan masa remajanya dalam jel, Galvan berpindah ke Kanada di mana dia mengguna sebuah nama kizib iakni Robert Lee Whiteman. Dia memulakan aktiviti dengan merompak bank dan kedai perhiasan selama tiga tahun lamanya. Media tempatan bahkan menggelarnya sebagai Flying Bandit dan Phantom Bandit.[2] Aktivi jenayah yang diperbuat Galvan menjadi subjek buku bertajuk True Crime 1996 dan The Flying Bandit, yang ditulis oleh dua orang karyawan iakni Robert Knuckle dan Ed Arnold. Buku tersebut begitu laris terjual di Kanada sampai diasaskan ke dalam filem yang bertajuk Bandit pada tahun 2022.

Gilbert Galvan
Kelahiran1957 (umur 66–67)
Nama lainRobert Whiteman (Robert si Kulit Putih); Flying Bandit (Penyamun Terbang); Phantom Bandit (Penyamun Bayang-Bayang)
Terkenal keranaJenayah perompakan di wilayah-wilayah Kanada

Jenayah sunting

Di Amerika Syarikat, Galvan telah melakukan penipuan dari syarikat perkhidmatan kewangan bernama Western Union.[3] Pada tahun 1984, dia melepaskan diri dari jelnya di St. Joseph County, Michigan, dan minggat ke Pembroke, Ontario, di mana dia mengasas sebuah identiti kizib, Robert Lee Whiteman, dan mendakwa dirinya sebagai seorang jurujual dan ahli komputer. Dia memulakan perompakan bank yang pertama pada tahun 1984.[1]

Gaya Galvan dalam merompak ialah memakai penyamaran, membawa senjata api (yang tidak pernah dia tembak semasa rompakan) dan memberikan nota dengan santun kepada juruwang.[1] Galvan akan menyewa kapal terbang kecil, lalu terbang ke sebuah terminal utama, selepasnya dia akan berpindah lagi ke penerbangan Udara Canada. Dengan cara ini, bagasinya dapat dipindah langsung tanpa harus melalui selia pengawas lapangan terbang. Dalam bagasi itu, Ia menyimpan senjata-senjata yang akan digunakan dalam rompakannya.[4] Kadangkala dalam beberapa rompakan kedai perhiasan, Galvan tidak bersendirian dalam aksinya.[5]

Galvan merompak bank-bank di setiap wilayah Kanada kecuali Pulau Putera Edward dan Newfoundland. Pengambilan rompakannya yang pertama, hanya mendapat wang tunai $600 sehingga rompakannya yang terakhir, mendapat perhiasan-perhiasan yang bernilai sekitar $1.2 juta. Kecuriannya berjumlah $251,333 tunai dan perhiasan bernilai lebih daripada $2 juta.[1] Galvan diberi nama cembung the Flying Bandit oleh media tempatan semasa jenayahnya merompak bank dan kedai perhiasan.[6]

Aktiviti perompakan Galvan berakhir ketika perompakannya di Vancouver, rakan jenayahnya silap menjatuhkan pistol. Dari kesilapan itu, polis dapat mengesan tapaknya kemudian menghalang pelariannya di Ottawa.[5]

Siasatan jangka panjang polis terhadap barangan curi di daerah Ottawa menentukan bahawa seorang lelaki bernama Robert Whiteman senang memakukan perhiasan (aktiviti jual beli perhiasan di pasar gelap). Polis juga menentukan bahawa Whiteman tidak mempunyai nombor insurans sosial ataupun sijil kelahiran, tetapi menemui jejak resit kad kredit dalam nama itu. Selepas polis membandingkan antara resit kad kredit dan resit penerbangan Udara Kanada, mereka segera mengawasi kediaman Whiteman di Pembroke kemudian mengamati bukti bagi mendakwanya.[5]

Apabila polis menangkapnya pada tahun 1987, Galvan sempat berkata pada Isterinya bahawa dia sebenarnya merancang ingin bersara menjenayah dan hidup dengan damai di Kepulauan Turks dan Caicos sehingga maut memisahkan mereka berdua.[3]

Galvan mengaku syaki ke atas 59 rompakan bersenjata di Kanada dan tambahan 17 syaki yang berkaitan.[1] Pada tahun 1988, Galvan dijatuhkan hukuman selama 20 tahun dalam jel.[2] Dia telah dibuang dari Kanada dan dihantar semula ke sebuah penjara kelas pengawasan tinggi di Wisconsin pada tahun 1994, tetapi baru 10 tahun hukumannya, Ia bebas pada tahun 1998. Selepas pembebasannya, dia menjadi seorang banduan dan kembali menjenayah dengan merompak sebuah bank di McHenry, Illinois, pada Disember 2000 dan April 2001. Selepas dua perompakan bank itu, Galvab tertangkap polis dan dijatuhkan hukuman selama 15 tahun dalam jel.[7] Pada Disember, 2014, Galvan dikongsi kebebasan daripada tahanan persekutuan AS.[8]

Pada Mei, 2015, Galvan kembali dijatuhkan hukuman penjara kerana melakukan pencurian barang-belah di Barrington, Illinois. Dia dapat bebas selepas 50 hari hukuman.[2]

Kehidupan peribadi sunting

Galvan bersama dengan Isterinya, yang berasal daripada Ottawa, berkahwin di Hamilton, Bermuda dan mempunyai dua orang kanak.[3][a]

Budaya popular sunting

Robert Knuckle, seorang karyawan yang mahsyur di Kanada menerbitkan buku bertajuk The Flying Bandit, Bringing Down Canada's Most Daring Armed Robber pada tahun 1996.[9]

Pada tahun 2005, sebuah siri filem dokumenter bergenre jenayah sebenar iakni Masterminds (siri TV Kanada) menampilkan gaya perompakan Galvan pada episod ke-39.[2]

Jenayah-jenayah Galvan diubah suai menjadi fiksyen dalam filem 2022 bertajuk Bandit, yang melakonkan Josh Duhamel yang berperanan menjadi Galvan itu senditi. Galvan sebagai rujukan utama oleh pasukan pengasas filem pun diajak ke studio pengambilan gambar. Duhamel menyatakan Galvan sempat berkata pada dirinya bahawa, "sebenarnya yang dia inginkan hanya membina keluarga yang bahagia, dan satu-satunya cara mewujudkan keinginan itu ialah dengan merompak bank-bank."[6]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d e f Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan arnold tidak disediakan
  2. ^ a b c d Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan filas tidak disediakan
  3. ^ a b c Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan gazette tidak disediakan
  4. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan pembroke tidak disediakan
  5. ^ a b c Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan sibley tidak disediakan
  6. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan spectator tidak disediakan
  7. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan bargnes tidak disediakan
  8. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan phantom tidak disediakan
  9. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan knuckle tidak disediakan


Ralat petik: Tag <ref> untuk kumpulan "lower-alpha" ada tetapi tag <references group="lower-alpha"/> yang sepadan tidak disertakan