Buka menu utama
Rencana ini ialah mengenai ibu negara Kanada. Untuk orang Bangsa-bangsa Pertama, sila lihat Odawa. Untuk kegunaan lain, sila lihat Ottawa (penyahtaksaan).

Ottawa (sebutan bahasa Inggeris: /ˈɒtəwə/ ( dengar) atau /ˈɒtəwɑː/; bahasa Perancis: [ɔtawa]) ialah ibu negara bagi Kanada. Ia terletak di tebing selatan sungai Ottawa di bahagian timur selatan Ontario. Ottawa bersempadan dengan Gatineau, Quebec; di mana kedua-dua bandar raya ini membentuk kawasan metropolitan bancian Ottawa–Gatineau (CMA) dan Kawasan Ibu Negara (NCR). Bancian pada tahun 2011 melaporkan terdapat 883,391 orang penduduk di Ottawa, menjadikannya bandar keempat terbesar di Kanada; dan 1,236,324 dalam kawasan CMA, menjadikannya CMA keempat terbesar di Kanada. Bandar raya Ottawa dilaporkan mempunyai anggaran penduduk seramai 960,754 pada Disember 2015.

Bandaraya Ottawa
Bandar raya
City of Ottawa (Inggeris)
Ville d'Ottawa (Perancis)
Blok Pusat di Bukit Parlimen, Memorial Perang Negara di pusat bandaraya, Galeri Kebangsaan Kanada, Terusan Rideau dan Château Laurier.
Blok Pusat di Bukit Parlimen, Memorial Perang Negara di pusat bandaraya, Galeri Kebangsaan Kanada, Terusan Rideau dan Château Laurier.
Bendera Bandaraya Ottawa
Flag
Panggilan: 
Moto: 
"Advance-Ottawa-En Avant"
Ditulis dalam dua bahasa rasmi.[2]
Lokasi Ottawa di provinsi Ontario
Lokasi Ottawa di provinsi Ontario
Bandaraya Ottawa yang terletak di Kanada
Bandaraya Ottawa
Bandaraya Ottawa
Lokasi Ottawa di Kanada
Koordinat: Ralat Lua pada baris 80 di package.lua: module 'Modul:ISO 3166/data/CA' not found.
country Kanada
ProvinsiOntario
KawasanKawasan Ibu Negara
Ditubuhkan1826 sebagai Bytown[3]
Diperbadankan1855 sebagai bandar raya Ottawa[3]
Digabungkan1 Januari 2001
Kerajaan
 • Datuk bandarJim Watson (OLP)
 • Majlis BandarayaMajlis Bandaraya Ottawa
 • Ahli Parlimen
 • Ahli Parlimen Provinsi
Keluasan
 • Bandar raya2,778.13 km2 (1,072.9 batu persegi)
 • Bandar
501.92 km2 (193.79 batu persegi)
 • Metro
5,716.00 km2 (2,206.96 batu persegi)
Ketinggian
70 m (230 ft)
Penduduk
(2011)[4][6]
 • Bandar raya883,391 (ke-4)
 • Kepadatan316.6/km2 (820/batu persegi)
 • Bandar
933,596
 • Kepadatan bandar1,860.1/km2 (4,818/batu persegi)
 • Metro
1,236,324 (ke-4)
 • Kepadatan metro196.6/km2 (509/batu persegi)
 • Demonim[7][8]
Ottawan
Zon waktuUTC−5 (Timur (EST))
 • Musim panas (DST)UTC-4 (Zom Waktu Timur (EDT))
Poskod
K0A, K1A-K4C[2]
Kod kawasan613, 343
KDNKAS$ 58.2 bilion[9]
KDNK per capitaAS$ 44,149[9]
Laman webwww.ottawa.ca

Diasaskan sebagai Bytown pada 1826 dan digabungkan sebagai "Ottawa" pada 1855, bandar raya ini telah berkembang menjadi pusat siasah dan teknologi di Kanada. Sempadan asalnya telah dikembangkan melalui beberapa pengilhakan kecil dan akhirnya telah digantikan dengan penubuhan bandar baru dan penggabungan besar pada 2001, yang menyebabkan kawasan tanahnya semakin membesar. Nama "Ottawa" dipilih sebagai merujuk kepada sungai Ottawa yang berada berdekatan, di mana nama asal sungai itu adalah daripada bahasa Algonquin, Odawa yang bermaksud "untuk berdagang".

Bandar raya ini menempatkan beberapa institusi-institusi pasca menengah, kajian dan kebudayaan, termasuklah Pusat Seni Negara dan Galeri Kebangsaan. Ottawa juga mempunyai taraf hidup tertinggi dan kadar pengangguran yang rendah di dalam negara. Ia berada dalam kedudukan kedua dalam indeks mutu kehidupan Numbeo 2014-2015 di seluruh dunia dan mengandungi satu Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO).

Bandar saudara/kembarSunting

RujukanSunting

  1. ^ Encyclopaedia Britannica, Inc (2014). Ensiklopedia Pelajar Britannica. Encyclopedia Britannica, Inc. m/s. 8. ISBN 978-1-62513-172-0. 
  2. ^ a b Art Montague (2008). "Ottawa Book of Everything" (PDF). MacIntyre Purcell Publishing. Dicapai 2011-07-14. 
  3. ^ a b Justin D. Edwards; Douglas Ivison (2005). Downtown Canada: Writing Canadian Cities. University of Toronto Press. m/s. 35. ISBN 978-0-8020-8668-6. 
  4. ^ a b "Population and dwelling counts, for Canada and census subdivisions (municipalities), 2006 and 2011 censuses – 100% data". Statistics Canada. Dicapai 2010-02-10. 
  5. ^ "Population and dwelling counts, for Canada, provinces and territories, and urban areas, 2006 and 2001 censuses – 100% data". Statistics Canada. 5 November 2008. Dicapai 2011-09-23. 
  6. ^ a b "Population and dwelling counts, for census metropolitan areas, 2006 and 2011 censuses – 100% data". Statistics Canada. 5 November 2008. Dicapai 2011-09-23. 
  7. ^ "City of Ottawa – Design C". Ottawa.ca. 20 Mei 2010. Dicapai 2011-10-26. 
  8. ^ "Rapport au / Report to:". Ottawa.ca. 2011. Dicapai 2011-10-26. 
  9. ^ a b "Global city GDP 2014". Brookings Institution. Dicapai 2014-11-18. 
  10. ^ "Ottawa and Beijing Sign Sister Cities Agreement | Asia Pacific Foundation of Canada". Asiapacific.ca. Dicapai 2011-08-08. 
  11. ^ lasicilia.it. "Catania-Ottawa, gemellaggio hi tech. Missione in Canada per stringere accordi di collaborazione". 
  12. ^ "Sister city agreements". Dicapai 2012-11-01. 

Bacaan lanjutSunting

Pautan luarSunting