Gina Marie Raimondo (/rəˈmɒnd/; lahir 17 Mei 1971) ialah seorang ahli politik dan pemodal teroka Amerika Syarikat yang kini berkhidmat sebagai Setiausaha Perdagangan Amerika Syarikat yang terkini. Beliau sebelumnya berkhidmat sebagai gabenor Rhode Island dari tahun 2015 sehingga beliau meletak jawatan pada tahun 2021. Seorang anggota parti Demokrat, beliau ialah wanita pertama yang menjadi gabenor Rhode Island.[1] Sebelum pemilihannya, beliau berkhidmat sebagai bendahari agung Rhode Island dari tahun 2011 hingga 2015 dan merupakan wanita kedua yang memegang jawatan itu. Beliau dipilih sebagai calon Demokrat untuk pentadbiran Rhode Island dalam pilihan raya gabenor 2014. Raimondo memenangi pilihan raya itu pada 4 November 2014, dengan 41% undi.[2] Beliau memenangi pemilihan semula untuk penggal kedua pada 6 November 2018.

Gina Raimondo
Setiausaha Perdagangan Amerika Syarikat ke-40
Memegang jawatan
3 Mac 2021
PresidenJoe Biden
TimbalanDon Graves (calon)
Didahului olehWilbur Ross
Gabenor Rhode Island ke-75
Dalam jawatan
6 Januari 2015 – 2 Mac 2021
LeftenanDaniel McKee
Didahului olehLincoln Chafee
Digantikan olehDaniel Mckee
Butiran peribadi
LahirGina Marie Raimondo
(1971-05-17) 17 Mei 1971 (umur 52)
Smithfield, Rhode Island, A.S.
Parti politikDemokrat
PasanganAndrew Moffit (k. 2001)
Anak-anak2
PendidikanUniversiti Harvard
Universiti Oxford
Universiti Yale
Laman web rasmiLaman web kerajaan

Berikutan pilihan raya Presiden Amerika Syarikat 2020, Raimondo disebut-sebut sebagai calon setiausaha kabinet di bawah pentadbiran presiden Joe Biden. Meskipun pertama kali beliau disebut-sebut akan memegang jawatan Setiausaha Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia, Raimondo mengumumkan bahawa beliau tidak akan mengambil jawatan itu.[3]

Pada 8 Januari 2021, Biden mengumumkan bahawa beliau mencalonkan Raimondo untuk berkhidmat sebagai Setiausaha Perdagangan Amerika Syarikat dalam kabinetnya.[4][5] Beliau muncul di hadapan Jawatankuasa untuk Perdagangan, Sains dan Pengangkutan Senat pada 26 Januari.[6] Pada 2 Mac, undian senat 84–15 dicapai dan mengesahkan Raimondo ke jawatan Setiausaha Perdagangan.[7]

Rujukan sunting

  1. ^ Herbst-Bayliss, Svea (November 5, 2014). "Democrat Gina Raimondo becomes Rhode Island's first female governor". Yahoo News. Diarkibkan daripada yang asal pada March 5, 2016. Dicapai pada February 19, 2015.
  2. ^ Sullivan, Sean (December 18, 2013). "Raimondo launches campaign for Rhode Island governor". The Washington Post. Diarkibkan daripada yang asal pada May 13, 2015. Dicapai pada August 29, 2017.
  3. ^ "Raimondo: I will not be Biden's HHS secretary". WPRI.com (dalam bahasa Inggeris). 2020-12-03. Dicapai pada 2021-01-26.
  4. ^ "Raimondo selected for Biden's Commerce secretary". POLITICO (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-01-26.
  5. ^ "Nomination Hearing". U.S. Senate Committee on Commerce, Science, & Transportation. 2021-01-26. Dicapai pada 2021-01-26.
  6. ^ https://www.commerce.senate.gov/2021/1/nomination-hearing
  7. ^ https://www.providencejournal.com/story/news/politics/2021/03/01/us-sen-reed-raimondo-confirmation-vote-likely-tuesday/6868264002/

Pautan luar sunting

Jawatan politik
Didahului oleh
Lincoln Chafee
Gabenor Rhode Island
2015–kini
Pemegang jawatan kini