Gua Harimau terletak di kompleks batu kapur, Bukit Gua Harimau, Lenggong, Perak. Ekskavasi dalam tahun 1987, 1988 dan 1999 telah menemukan tapak pengkebumian manusia berusia 2,000 – 5,000 tahun dahulu. Sebanyak 11 rangka manusia telah ditemui dengan barang kiriman yang terdiri daripada bekas tembikar, alat batu, kapak gangsa, perhiasan badan dan sisa makanan.[1]

Gua Harimau merupakan tapak arkeologi yang penting kerana telah mendedahkan bukti pengkebumian zaman Neolitik-Logam dengan acuan dan kapak gangsanya yang terawal sekitar 4,000 tahun dahulu.[2] Penemuan alat gangsa dan acuannya menggambarkan penghasilan alat gangsa di kawasan Lenggong telah membuktikan bahawa kawasan pembuatan gangsa tidak hanya terhad di kawasan utara dan tengah Thailand sahaja.[3]

Rujukan sunting

Pautan luar sunting


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.