Guinée forestière

Koordinat: 8°11′46.3″N 8°46′19.4″W / 8.196194°N 8.772056°W / 8.196194; -8.772056

Guinée forestière (secara harfiah bermaksud "Guinea berhutan") ialah wilayah bergunung dan berhutan yang terletak di Guinea tenggara. Kawasan ini merupakan salah satu dari empat kawasan semilajadi di Guinea; tiga kawasan lain ialah Guinea Maritim, Guinea Tengah, dan Guinea Hulu. Kawasan Guinea Berhutan mencakupi sekitar 23% wilayah Guinea. Kawasan ini bersempadan dengan Sierra Leone dan Liberia.

Guinée forestière
Geografi
Kawasan56,547 km2 (21,833 bt2)
NegaraGuinea
NegeriRegion Nzérékoré, Region Kankan, Region Faranah
Tahap460 meter (1,509 ka)
GeologiBergunung
SungaiSungai Niger, Sungai Saint Paul, Sungai Lofa
Jenis iklimIklim savana berhutan

Kawasan Guinea Berhutan memiliki topologi yang bergunung dengan rata-rata ketinggian 460 m. Wilayah ini juga dikenali kerana kepelbagaian bionya. Di kawasan ini terdapat Rizab Alam Semulajadi Gunung Nimba yang telah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Selain itu, terdapat juga Massif Ziama yang telah diiktiraf sebagai rizab biosfera oleh UNESCO.[1][2]

Rujukan sunting

  1. ^ "Western Africa: Coastal areas of Guinea, Côte d'Ivoire, Liberia, and Sierra Leone | Ecoregions | WWF". World Wildlife Fund (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-11-18.
  2. ^ Centre, UNESCO World Heritage. "Mount Nimba Strict Reserve (extension)". UNESCO World Heritage Centre (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-11-18.