Gunung Chinta Wangsa

Gunung Chinta Wangsa atau sebelumnya dikenali sebagai Gunung Dang Besar[1] terletak di Ulu Kelantan, Malaysia. Ia terletak kira-kira 40 kilometer di tenggara Kuala Krai. Gunung ini terletak dalam Jajahan Kuala Krai serta berhampiran dengan sempadan dengan negeri Terengganu.

Gunung Chinta Wangsa
Titik tertinggi
Ketinggian1,185 m (3,888 ka)
Geografi
LokasiJajahan Kuala Krai, Kelantan
Induk banjaranBanjaran Pantai Timur

Peranan dalam sejarah Kelantan

sunting

Gunung Chinta Wangsa ini pernah suatu ketika dahulu menjadi tempat bersemayam dan kawasan pemerintahan Ratu Cik Siti Wan Kembang.[2]

Jenis hutan

sunting

Gunung Chintawangsa mempunyai hutan Dipterokarp Bukit dan hutan Dipterokarp Atas.

Rujukan

sunting
  1. ^ Taman Serendah Sekebun Bunga Portal Rasmi Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam
  2. ^ Sejarah Cik Siti Wan Kembang Portal Rasmi Kerajaan Negeri Kelantan