HMS King George V (41)

kapal perang

HMS King George V (nombor pennant 41) adalah kapal sulung dari lima kapal tempur British kelas-King George V Royal Navy. Mula dibina pada tahun 1937 dan ditauliahkan pada 1940, King George V beroperasi semasa Perang Dunia II dalam semua kancah utama peperangan, iaitu Atlantik, Mediterranean dan Pasifik, serta sebahagian daripada Armada Utama dan Armada Pasifik British. Pada Mei 1941, bersama-sama dengan HMS Rodney, King George V terlibat dalam usaha mencari dan memburu Kapal tempur Jerman Bismarck, di mana akhirnya menyebabkan kerosakkan teruk yang mengakibatkan kapal Jerman itu tenggelam. Pada 1 Mei 1942 kapal pembinasa HMS Punjabi karam selepas bertembung dengan King George V semasa dalam keadaan berkabus. King George V mengambil bahagian dalam Operasi Husky (iaitu pendaratan tentera Bersekutu di Sicily) dan mengebom pulau Levanzo dan pelabuhan Trapani. Ia juga mengiringi sebahagian armada Itali yang menyerah kalah, yang terdiri daripada kapal tempur Andrea Doria dan Duilio, ke Malta. Pada tahun 1945 King George V mengambil bahagian dalam operasi terhadap Jepun di Pasifik.

HMS King George V memasuki Apra Harbour, Guam bersama para kelasi atas dek pada 1945
Sejarah
United Kingdom
Nama: HMS King George V
Pembina: Vickers-Armstrong, Newcastle upon Tyne
Dibaringkan: 1 Januari 1937[1]
Dilancarkan: 21 Februari 1939[1]
Ditauliah: 1 Oktober 1940[1]
Dibersarakan: 1949
Struck: 17 Disember 1957[1]
Nama gelaran: KGV
Penghargaan dan
anugerah:
Takdir: Jual untuk sekerap, 1957
Nota: Nombor pennant 41[2][1]
Ciri-ciri umum
Kelas dan jenis: Kapal tempur kelas-King George V
Sesaran: 42,200 tan (1941)
Panjang: 745 ka (227 m)
Lunas: 103 ka (31 m)
Draught: 32.6 ka (9.9 m)
Jana kuasa:
  • 8 dandang tiub kecil tiga dram Admiralti bersama superheater
  • 4 Parson single-reduction turbin bergear
  • 4 bebaling tiga bilah, 14 ka 6 in (4.42 m) diameter
  • 125,000 shp (93,000 kW)
Halaju: 28.0 knot (51.9 km/j) (1941 trials)
Jarak: +5,400 batu nautika (10,000 km) at 18 knot (33 km/j) (11.9 tons/hour fuel burn)
Anak kapal: 1,314 hingga 1,631 anak kapal
Persenjataan:
Perisai:
Pesawat yang dibawa: 4 pesawat laut Supermarine Walrus, 1 katapel double-ended

King George V telah dijadikan kapal pemerintah Armada Utama British pada 1 April 1941, ia kekal begitu sehingga perang berakhir dan menjadi sebuah kapal latihan pada November 1947.[3]

Nota sunting

Petikan sunting

  1. ^ a b c d e "Research guide B9: The Royal Navy: HMS 'King George V'".
  2. ^ Lenton and Colledge p. 21.
  3. ^ "Research guide B9: The Royal Navy: HMS 'King George V'".

Bibliografi sunting

  • Campbell, John. (1985). Naval Weapons of World War Two. London: Conway Maritime Press. ISBN 0-87021-459-4.
  • Chesneau, Roger. (2004). Ship Craft 2: King George V Class Battleships. Chatham Publishing. ISBN 1-86176-211-9
  • Chesneau, Roger, ed. (1980). Conway's All the World's Fighting Ships 1922–1946. Greenwich: Conway Maritime Press. ISBN 0-85177-146-7.
  • Garzke, William H., Jr.; Dulin, Robert O., Jr. (1980). British, Soviet, French, and Dutch Battleships of World War II. London: Jane's. ISBN 0-7106-0078-X
  • Lenton, H.T.; Colledge, J.J. (1973). Warships of World War II (ed. Second). London: Ian Allan. ISBN 0-7110-0403-X.
  • Molony, Brigadier C.J.C.; Flynn, Captain F.C. (R.N.); Davies, Major-General H.L. & Gleave, Group Captain T.P. (2004) [1st. pub. HMSO:1973]. Butler, Sir James (penyunting). The Mediterranean and Middle East, Volume V: The Campaign in Sicily 1943 and The Campaign in Italy 3rd September 1943 to 31st March 1944. History of the Second World War, United Kingdom Military Series. Uckfield, UK: Naval & Military Press. ISBN 1-84574-069-6.
  • Hobbs, Davis (2017). The British Pacific Fleet: The Royal Navy's Most Powerful Strike Force. Barnsley, UK: Seaforth Publishing. ISBN 978-1-5267-0283-8.
  • Raven and Roberts (1976). British Battleships of World War 2: The Development and Technical History of the Royal Navy's Battleships and Battlecruisers from 1911 to 1946. Weidenfeld & Nicolson. ISBN 978-0-85368-141-0.
  • Tarrant, V.E. (1991). King George V-class battleships. London: Arms and Armour Press. ISBN 1-85409-026-7.
  • Tovey, John. (1947). SINKING OF THE GERMAN BATTLESHIP BISMARCK ON 27™ MAY, 1941 London Gazette.

Pautan luar sunting

Templat:King George V class battleship (1939)