Hallelujah

Hallelujah, Halleluyah, atau Alleluia ialah transliterasi perkataan Ibrani הַלְלוּיָהּ (Standard Halləluya, Tiberian Halləlûyāh) yang bererti "puji (הַלְּלוּ) Yah (יָהּ)". Perkataan ini sebahagian besarnya ditemui dalam buku Psalms (Mazmur) dan sebutan yang serupa terdapat dalam banyak bahasa. Perkataan ini digunakan dalam agama Yahudi sebagai sebahagian daripada doa-doa Hallel dan dalam lagu puji-pujian Kristian. Perkataan ini telah diterima masuk ke dalam bahasa Inggeris.

Wiktionary-logo.svg
Carilah hallelujah, alleluia dalam Wiktionary, kamus bebas.

Dalam BibleSunting

Istilah ini digunakan sebanyak 24 kali dalam Bible Ibrani (sebahagian besarnya dalam buku Psalms, e.g. 111-117, 145-150, yang di tempat-tempat itu ia memulakan dan mengakhiri nombor Psalms) dan empat kali dalam transliterasi Yunani dalam Book of Revelation agama Kristian.

Perkataan "hallelujah" yang tersebut dalam Psalms adalah perkataan Ibrani bagi meminta jemaah untuk menyertai acara puji-pujian. Terjemahan terbaik bagi hallelujah ialah "Pujilah Yah, wahai kaum", lazimnya dikatakan dalam versi Inggeris sebagai "Praise ye the Lord" atau "Praise the Lord." Bagaimana pun, Yah ialah nama Maha Pencipta; Dia tidak pernah dirujuk sebagai Tuhan (Lord) oleh Bani Israil kuno.[1]

Dalam Bible Ibrani, "hallelujah" sebenarnya merupakan frasa dua perkataan, bukannya satu perkataan. Bahagian pertama, hallelu, ialah bentuk jamak maskulin perintah orang kedua bagi katakerja bahasa Ibrani hallal.[2] Bagaimana pun, "hallelujah" bererti bukan setakat "pujilah Yah", kerana perkataan hallel dalam bahasa Ibrani bererti puji-pujian yang menggembirakan untuk membesarkan Tuhan atau untuk berperlakuan gila-gila atau bodoh-bodoh.[3]

Bahagian kedua, Yah, ialah kependekan nama Tuhan YHWH yang kadang kala dialih bahasa ke dalam bahasa Inggeris sebagai "Yahweh" atau "Jehovah". Septuagint menterjemahkan Yah sebagai Kurios (TUHAN). Dalam Ralat skrip: Modul "Bibleverse" tidak wujud. ayat Ibrani berbunyi kol han'shamah t'hallel yah;[4] perkataan terakhir "yah" diterjemahkan sebagai "Tuhan", atau "YHWH". Ia muncul dalam Bible Ibrani sebagai הללו~יה dan הללו יה. Dalam Ralat skrip: Modul "Bibleverse" tidak wujud. ayat Ibrani berbunyi "הללו יה hallelu yah". Ia kemudian berbunyi "hallelu eth-YHWH" seolah-olah penggunaan "yah" dan "YHWH" boleh bertukar ganti. Perkataan "Yah" itu sendiri muncul sebagai nama ketuhanan dalam puisi sebanyak 49 kali dalam Bible Ibrani (termasuklah hallelu yah), seperti dalam Ralat skrip: Modul "Bibleverse" tidak wujud. "sesiapa yang menunggang di atas gurun dengan namanya Yah" dan Ralat skrip: Modul "Bibleverse" tidak wujud. "Yah adalah kekuatanku dan laguku". Ia juga sering kali muncul di penghujung nama teoforik Bani Israil seperti Isaiah "yeshayah(u), Yahweh adalah penyelamat" dan Jeremiah "yirmeyah(u), Yahweh Maha Besar".

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  1. ^ E.g. Woods, F. H. (1902). "Hallelujah". Dalam James Hastings (penyunting). A Dictionary of the Bible. Cite has empty unknown parameters: |accessmonth=, |month=, |accessyear=, dan |coauthors= (bantuan)
  2. ^ Page H. Kelley, Biblical Hebrew, an Introductory Grammar, page 169. Ethics & Public Policy Center, 1959. ISBN 978-0802805980.
  3. ^ George Fohrer. Hebrew and Aramaic Dictionary of the Old Testament, under הלל. Walter de Gruyter, 1973. ISBN 978-3110045727.
  4. ^ All quotes from the Hebrew are taken from Biblia Hebraica Stuttgartensia, EDITIO FUNDITUS RENOVATA, cooperantibus H. P. Ruger et J. Ziegler ediderunt K. Elliger et W. Rudolph, Textum Masoreticum curavit H. P. Ruger MASORAM ELABORAVIT G. E. WEIL, Editio quinta emendata opera A. Schenker, Deutsche Bibelgesellschaft.