Hamid Syahriari

ahli akademik Iran

Hujatul Islam[1] Syeikh Hamid Havali Syahriari (Parsi: حمید حوالی شهریاری)[2] (Lahir: 1963, Tehran)[3][4] ialah seorang ulama Islam di Iran bermazhab Syiah Imam Dua Belas. Beliau telah dilantik sebagai setiausaha agung Persidangan Dunia bagi Kedekatan Mazhab Islam pada 2018. Perlantikan beliau dilakukan dengan titah pemimpin agung Iran, Ali Khamenei bagi menggantikan Muhsin Araki.[5]

Hamid Syahriari
Setiausaha Agung Persidangan Dunia bagi Kedekatan Mazhab Islam
Memegang jawatan
2018
Dilantik olehAli Khamenei
Didahului olehMuhsin Araki
Butiran peribadi
LahirHamid Havali Syahriari
1963 (umur 60–61)
Tehran, Iran
PendidikanSeminari Qom
ProfesionUlama

Hamid ialah bekas ketua Pusat Perangkaan dan Maklumat dalam sistem kehakiman Iran. Beliau juga ialah bekas ketua Pusat Penyelidikan Komputer Sains Islam. Beliau juga pernah menjadi anggota Majlis Tertinggi Ruang Siber Iran.[6]

Beliau pernah menghadiri Hauzah Ilmiah Qom pada 1981, dan menamatkan pengajian seminarinya dalam 6 tahun. Beliau juga sibuk mengajar pengajian seminari selain pendidikan beliau sendiri, dan juga belajar bahasa Arab dan Inggeris. Selepas habis pendidikan Hauzah, beliau menyertai kelas perguruan, dengan Sayid Kazim Al-Haeri dan Jawad Tabrizi selama sepuluh tahun dalam "Pengajian kepada Perundangan dan Prinsip Islam"[7]

Rujukan sunting

  1. ^ "دبیرکل جدید مجمع تقریب مذاهب را بشناسید +عکس". مشرق نیوز (dalam bahasa Parsi). 2019-12-15. Dicapai pada 2024-04-07.
  2. ^ Knowing more about "Hamid Shahriari" tabnak.ir Retrieved 16 December 2019
  3. ^ Hamid Shariari hawzah.net Retrieved 15 December 2019
  4. ^ Hamid Shahriari -- the chosen ones of the book of the year (2007) ibna.ir Retrieved 15 December 2019
  5. ^ "حمید شهریاری دبیرکل مجمع تقریب مذاهب اسلامی شد". نسیم آنلاین (dalam bahasa Parsi). 2019-12-15. Dicapai pada 2024-04-07.
  6. ^ "دبیرکل جدید مجمع تقریب مذاهب را بشناسید + عکس - تسنیم". خبرگزاری تسنیم | Tasnim (dalam bahasa Parsi). Dicapai pada 2024-04-07.
  7. ^ Hujjat-al-Islam Hamid shahriari monazereh.ir Retrieved 15 December 2019