Hamzah bin Sulaiman

Hamzah bin Sulaiman (rujukan kehormat 'Yang Berhormat Dato') ialah seorang pegawai tertinggi dalam kerajaan Brunei. Pada masa ini, beliau memegang jawatan sebagai Menteri Pendidikan sejak Januari 2018.[1][2]


Hamzah bin Sulaiman

P.S.N.B., D.P.M.B.
Menteri Pendidikan
Memegang jawatan
30 Januari 2018 (2018-01-30)
RajaSultan Hassanal Bolkiah
Didahului olehSuyoi bin Osman

Nama sunting

Nama penuh beliau dengan terasul yang digunakan dalam persuratan rasmi bahasa Melayu di Brunei ialah 'Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman'. Nama ini juga digunakan dalam persuratan bahasa Inggeris tempatan.

Pendidikan sunting

Beliau mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dalam Dasar dan Pentadbiran Awam (Public Policy and Administration) dari Universiti Brunei Darussalam dan Ijazah Sarjana dalam Sains Politik dari Universiti Negeri New York (State University of New York).[3]

Kerjaya sunting

Beliau memulakan kerjaya dalam perkhidmatan awam sebagai Penganalisa Penyelidikan di Kementerian Pertahanan.[4] Beliau kemudian berpindah ke Jabatan Dasar dan Pentadbiran Awam, Universiti Brunei Darussalam, yang mana pada tahun 1995 beliau menjadi pensyarah dan enam tahun kemudian dilantik sebagai ketua jabatan tersebut.[3] Pada tahun 2005, Institut Pengajian Dasar ditubuhkan dan beliau dilantik menjadi Ketua pertama bagi institut tersebut.[4]

Pada tahun 2007, beliau berpindah semula ke Kementerian Pertahanan dan dilantik sebagai Pengarah Institut Pengajian Pertahanan dan Strategi Sultan Haji Hassanal Bolkiah. Pada tahun 2011, beliau berpindah ke Kementerian Kewangan dan dilantik sebagai Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan, dan sebagai Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Antarabangsa pada tahun berikutnya.

Pada tahun 2013, beliau dilantik sebagai Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Pembangunan Pertahanan) di kementerian tersebut. Beliau kemudian dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri dan dinaikkan pangkat sebagai Setiausaha Tetap (Antarabangsa, Perancangan dan Pembangunan Ekonomi, dan Kewangan) pada tahun berikutnya. Beliau akhirnya dilantik sebagai Menteri Pendidikan, iaitu jawatan semasa, sejak 30 Januari 2018, menggantikan Suyoi bin Osman.[5]

Anugerah sunting

Bintang kebesaran sunting

  • 2018 - Darjah Setia Negara Brunei Yang Amat Bahagia, Darjah Pertama (P.S.N.B.); membawa gelaran Dato Seri Setia[6][7]
  • 2017 - Darjah Seri Paduka Mahkota Brunei Yang Amat Mulia, Darjah Kedua (D.P.M.B.); membawa gelaran Dato Paduka[8][9]

Pingat kehormatan sunting

  • 2016 - Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K.)[4]
  • 2010 - Seri Mahkota Brunei (S.M.B.)[4]
  • 2005 - Pingat Indah Kerja Baik (P.I.K.B.)[4]

Rujukan sunting

  1. ^ Asgar, Abdullah (30 Januari 2018). "Berkenan umumkan pelantikan kabinet baharu". Pelita Brunei. Dicapai pada 21 Ogos 2018.
  2. ^ Sim, Y.H.; Yahya, Salawati (31 Januari 2018). "Kabinet dirombak". Media Permata Online. Dicapai pada 21 Ogos 2018.
  3. ^ a b "Awang Haji Hamzah Bin Haji Sulaiman" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 21 Ogos 2018.
  4. ^ a b c d e "brunei" (PDF). www.seameo.org. Dicapai pada 21 Ogos 2018.
  5. ^ Bandial, Ain (30 Januari 2018). "HM: Cabinet reshuffle is of 'vital importance'". thescoop.co (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 21 Ogos 2018.
  6. ^ Abas, Nooratini (15 Julai 2018). "24 orang dikurniakan Bintang-Bintang Kebesaran NBD". Pelita Brunei. Dicapai pada 21 Ogos 2018.
  7. ^ Hassan, Syahmi (16 Julai 2018). "Berkenan kurnia bintang-bintang kebesaran negara". Media Permata Online. Dicapai pada 21 Ogos 2018.
  8. ^ Abas, Nooratini (15 Julai 2017). "Seramai 35 orang menerima Bintang Kebesaran NBD". Pelita Brunei. Dicapai pada 21 Ogos 2018.
  9. ^ Azmi, Azrol; HH, Azaraimy (17 Julai 2017). "35 dikurniakan bintang kebesaran". Media Permata Online. Dicapai pada 21 Ogos 2018.