Edlynna Hanie binti Abu Hamid atau lebih dikenali sebagai Hanie Hamid merupakan seorang penyanyi dan pengacara di Malaysia. Hanie merupakan anak kepada Datuk Yusni Hamid.

Hanie Hamid
Nama lahirEdlynna Hanie binti Abu Hamid
Juga dikenali sebagai
Hanie Hamid
Berasal dariKuala Lumpur, Malaysia Malaysia
PekerjaanPenyanyi, pengacara

Hanie terlebih dahulu muncul menerusi rancangan nyanyian Bintang Gala 2 RTM, ketika berusia 16 tahun. Malah beliau telah menyertai hampir kesemua pertandingan nyanyian besar seperti rancangan Bintang Kecil (TV1), Teen Star 2000 (TV2) dan Sinaran 2000 (TV3).

Pada mulanya, ida tidak pernah terfikir untuk menceburi bidang nyanyian kerana ia hanya sekadar suka-suka. Tetapi minat itu mula timbul kerana selalu melihat ibunya, Datuk Yusni Hamid, membuat latihan dan persembahan nyanyian.

Penglibatannya dalam pertandingan hiburan tidak bernoktah dalam nyanyian, malah dia turut menyertai pertandingan pengacaraan juga. Graduan Jurusan Ijazah Pengiklanan UiTM, Shah Alam, pernah memenangi tempat ketiga dalam Who Will Win TV Spokesmodel 2004 (NTV7) pertama di Malaysia dan membawa pulang wang tunai RM5,000.

Dia juga pernah menjadi pengacara program Selamat Pagi Malaysia (SPM) yang disiarkan menerusi TV1. Hanie yang kini sibuk menguruskan perniagaan studio bersama ahli keluarga yang lain,

Pautan luar sunting