Hatsune Miku (Jepun: 初音ミク), kadang-kadang dirujuk sebagai Miku Hatsune dengan kod CV01, ialah suara persona manusia dengan menggunakan aplikasi pensintesis nyanyian yang dibangunkan oleh Crypton Future Media, yang beribu pejabat di bandar Sapporo. Hatsune Miku telah digunakan dalam Vocaloid 2 dan Vocaloid 3 daripada teknologi mensintesis nyanyian oleh Syarikat Yamaha. Dia juga telah digunakan dalam Piapro Studio Crypton Future Media, sebuah pensintesis nyanyian Pemalam VSTi. Dia merupakan Vocaloid yang kedua dijual menggunakan enjin Vocaloid 2, dan Vocaloid Jepun pertama yang menggunakan versi Jepun enjin Vocaloid 2. Suaranya disampelkan daripada pelakon suara Jepun Saki Fujita. Hatsune Miku juga telah mengadakan konsertnya di atas pentas sebagai unjuran animasi.[1] Dia digambarkan sebagai seorang gadis berusia 16 tahun dengan rambut biru panjang tocang tepi.

Hatsune Miku
PembangunCrypton Future Media
Pelancaran pertama31 Ogos 2007
Keluaran stabil
Hatsune Miku V3 / 31 Ogos 2013
Sistem pengendalianWindows, Mac OS
PelantarPC
Terdapat dalambahasa Jepun
bahasa Inggeris
JenisAplikasi Pensintesis Vokal
LesenHak milik
Tapak web[1]

Nama wataknya berasal daripada gabungan perkataan Jepun yang bermaksud pertama (Jepun: , Hepburn: hatsu), bunyi (Jepun: , Hepburn: ne) dan masa depan (Miku (Jepun: ミク) yang berbunyi seperti bacaan nanori bagi masa depan, 未来, biasanya dibaca sebagai "mirai"[2]), justeru mengiktirafkan kedudukannya sebagai "Watak Siri Vokal" Crypton yang pertama. Menurut Crypton, namanya bermaksud "bunyi pertama dari masa depan".[3]

Rujukan sunting

  1. ^ "Japanese pop star Hatsune Miku takes the stage -- as a 3-D hologram". Los Angeles Times. 10 November 2010. Dicapai pada 13 November 2010.
  2. ^ "Miku". Behind the Name. Dicapai pada 5 Oktober 2010.
  3. ^ http://www.crypton.co.jp/miku_eng