Hello, Mr. Perfect! (novel)

Hello, Mr. Perfect! ialah sebuah novel 2012 oleh penulis novel Malaysia, Waniey Zakaria, diterbitkan pada 2012 oleh Kaki Novel.[1] Ia telah diadaptasikan sebagai sebuah siri drama oleh TV3 pada 2015.

Hello, Mr. Perfect!
Umum
PengarangWaniey Zakaria
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
GenreCinta
Penerbitan
PenerbitKaki Novel
Tarikh penerbitan
Julai 2012
Jenis media
Cetakan (kulit keras)
Halaman674

Sinopsis sunting

Muhammad Arif Fikri dan Ainul Mardhiah saling mencintai dan merancang untuk berkahwin. Namun disebabkan kerana peraturan yang telah ditetapkan oleh keturunan keluarganya yang mementingkan aspek LANGKAH BENDUL walaupun mereka adalah lelaki memaksa Arif mencari jalan penyelesaian. Selagi anak sulung tidak berkahwin, maka dia tak boleh berkahwin. Lebih memberatkan lagi apabila pihak keluarga Ainul hanya memberi masa selama enam bulan untuknya membuat keputusan.Alongnya, Muhammad Izzul Islam terlampau mengejar kesempurnaan kepada pasangannya. Wajahnya kacak, tinggi dan menjadi tarikan ramai. Namun dia terlampau cerewet dan memerlukan pasangan yang juga sempurna sepertinya. Terlalu ramai gadis yang berdamping dengannya namun tiada seorang pun yang dapat bertahan dengan sikapnya walau sehari dua.

Tiada pilihan, Arif cuba mendapatkan calon isteri untuk Izzul. Imbuhan juga diberikan sebanyak RM500,000 sebagai cagaran sekiranya gadis itu berkahwin dengan alongnya. Alya Adriana yang ketika itu terdesak kerana hutang keluarga dengan ALONG memaksa Alya untuk menawarkan diri.Mampukah Alya memanipulasikan pemikiran Izzul yang terlampau mengejar kesempurnaan itu? Dapatkah dia bertahan dengan sikap Izzul sekiranya dialah calon yang terakhir?

Adaptasi sunting

Televisyen sunting

Bila Hati Berbifara telah diadaptasikan ke siaran TV melalui drama waktu perdana di Slot Akasia pada 30 September 2015 di TV3, dibintangi oleh Fattah Amin dan Ruhainies Farehah sebagai pelakon utama.

Rujukan sunting

  1. ^ Hello, Mr. Perfect! by Waniey Zakaria Goodreads. Dicapai pada 29 Februari 2020.