Helmi Gimmick
Helmi Harun, lebih dikenali sebagai Helmi Gimmick ialah seorang usahawan dan bekas pelakon dan penyanyi Malaysia.[1] Beliau terkenal dengan filem-filem lakonannya seperti Mr. Cinderella, MX3 dan Janji Diana. Sebagai pengacara, beliau dikenali menerusi rancangan Famili Ceria yang disiarkan di ntv7.[2]
Helmi Gimmick | |
---|---|
Kelahiran | Helmi bin Harun 1961 (umur 61–62) Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia) |
Pekerjaan | Pelakon, penyanyi, pengacara, usahawan |
Tahun aktif | 1990–2009 |
Laman web rasmi | www |
Kerjaya sunting
Helmi Harun memulakan kerjayanya dalam bidang muzik sebagai ahli kumpulannya sendiri, Helmi & The Gimmick. Dari kumpulan muziknya inilah beliau dikenali sebagai Helmi Gimmick atau Helmi the Gimmick.[3]
Beliau mula mendapat perhatian meluas apabila menjadi pengacara rancangan kuiz Famili Ceria yang bersiaran di ntv7. Helmi menjadi pengacaranya selama semusim sebelum tempatnya digantikan oleh Chef Wan. Helmi juga pernah menjadi juruhebah di Time Highway Radio (THR).[4]
Selain itu, beliau juga pernah merakamkan album solo bertajuk Tongkat Ali yang dikeluarkan pada 13 Jun 2001.[5]
Filemografi sunting
Filem sunting
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2002 | Mr. Cinderella | Hassan | |
2003 | Mr. Cinderella 2 | ||
Janji Diana | Salleh | ||
MX3 | Helmi | ||
2006 | Cicak-Man | Pegawai polis | Pelakon undangan |
Televisyen sunting
Tahun | Tajuk | Peranan | Catatan |
---|---|---|---|
2000–2001 | Famili Ceria | ntv7 | Pengacara Untuk Musim 2. |
Diskografi sunting
- Tongkat Ali (2001)
Anugerah dan pencalonan sunting
Tahun | Anugerah | Kategori | Penerima | Karya tercalon | Keputusan |
---|---|---|---|---|---|
2002 | Anugerah Industri Muzik ke-9 | Album Pop Etnik Terbaik | Dirinya sendiri | Helmi Gimmick | Tercalon |
Rujukan sunting
- ^ Helmi Anuar (27 April 2022). "Helmi Gimmick Masih Wujud Biarpun 15 Tahun Tak Keluar TV". Getaran. Dicapai pada 18 Disember 2022.
- ^ "Helmi, the feel-good man" (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. 29 Julai 2000. Dicapai pada 23 Disember 2021.
- ^ "Helmi and his gimmicks" (dalam bahasa Inggeris). Sunday Mail. 9 April 1995. Dicapai pada 23 Disember 2021.
- ^ Nor Akmar Samudin (28 Mei 2001). "Helmi bercakap seorang". Harian Metro. Dicapai pada 23 Disember 2021.
- ^ Hartati Hassan Basri (13 Jun 2001). "Dunia Helmi bermula". Harian Metro. Dicapai pada 23 Disember 2021.