Hepatitis C

penyakit virus berjangkit

Hepatitis C ialah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus hepatrofik yang dinamakan Hepatitis C virus (HCV). Jangkitan Hepatitis C boleh menyebabkan pembengkakan hati yang lazimnya asimtomatik (tak bersimptom), tetapi hepatitis kronik yang berterusan boleh mengakibatkan sirosis dan barah hati.

Hepatitis C
Pengelasan dan sumber luaran
Gambaran daripada mikroskop elektron mengenai virus hepatitis C yang dihasilkan daripada kultur sel (skala = 50 nanometer)
ICD-10B17.1, B18.2
ICD-9070.70,070.4, 070.5
OMIM609532
P. Data Penyakit5783
MedlinePlus000284
eMedicinemed/993 ped/979
MeSHD006526
Wikipedia tidak memberikan nasihat perubatan Penafian perubatan

HCV boleh tersebar melalui percampuran darah dengan si pesakit.

Hepatitis C adalah penyakit berjangkit yang menjejaskan kesihatan terutamanya hati, yang disebabkan oleh virus Hepatitis C (HCV).[1] Jangkitan ini sering kali tidak kelihatan/asimptomatik, tetapi jangkitan yang kronik boleh menyebabkan parut pada hati dan akhirnya sirosis, yang secara umumnya jelas berlaku selepas bertahun-tahun. Dalam beberapa kes, mereka yang mempunyai sirosis akan menyebabkan kegagalan hati, barah hati atau esophageal yang mengancam nyawa dan gastrik varises.[1]

HCV terutamanya disebarkan melalui hubungan darah dengan darah yang dikaitkan dengan penggunaan dadah suntikan / intravena, peralatah perubatan yang disteril dengan tidak cermat dan pemindahan darah. Dianggarkan sekitar 150–200 juta orang diseluruh dunia dijangkiti dengan hepatitis C.[2][3][4] Kewujudan hepatitis C (pada asalnya dikenal pasti hanya sebagai satu jenis hepatitis bukan-A bukan-B) dijangkakan pada tahun 1970-an dan dibuktikan pada tahun 1989.[5] Hepatitis C menjangkiti hanya manusia dan cimpanzi.[6]

Virus ini tekal dalam hati pada sekitar 85% dari mereka yang dijangkiti. Ketekalan ini boleh dirawat melalui perubatan: rawatan piwaian adalah gabungan peginterferon dan ribavirin, dengan saamada boceprevir atau telaprevir ditambah dalam sesetengah kes. Keseluruhannya, 50–80% orang yang dirawat sembuh. Mereka yang mendapat sirosis atau barah hati mungkin memerlukan pemindahan hati. Hepatitis C merupakan punca utama bagi pemindahan hati, sungguhpun virus ini biasanya kembali berlaku selepas pemindahan.[7] Tidak terdapat vaksin bagi menanangani hepatitis C yang ada.

Rujukan sunting

  1. ^ a b Ryan KJ, Ray CG (editors), penyunting (2004). Sherris Medical Microbiology (ed. 4th). McGraw Hill. m/s. 551–2. ISBN 0838585299.CS1 maint: extra text: editors list (link)
  2. ^ Gravitz L. (2011). "A smouldering public-health crisis". Nature. 474 (7350): S2-4. doi:10.1038/474S2a. PMID 21666731.
  3. ^ "Hepatitis C". World Health Organization (WHO). 2011. Dicapai pada 2011-07-13. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  4. ^ Mohd Hanafiah, K (April 2013). "Global epidemiology of hepatitis C virus infection: new estimates of age-specific antibody to HCV seroprevalence". Hepatology (Baltimore, Md.). 57 (4): 1333–42. doi:10.1002/hep.26141. PMID 23172780. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  5. ^ Houghton M (2009). "The long and winding road leading to the identification of the hepatitis C virus". Journal of Hepatology. 51 (5): 939–48. doi:10.1016/j.jhep.2009.08.004. PMID 19781804. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  6. ^ Shors, Teri (2011-11-08). Understanding viruses (ed. 2nd). Burlington, MA: Jones & Bartlett Learning. m/s. 535. ISBN 9780763785536.
  7. ^ Rosen, HR (2011-06-23). "Clinical practice. Chronic hepatitis C infection". The New England Journal of Medicine. 364 (25): 2429–38. doi:10.1056/NEJMcp1006613. PMID 21696309.