Hernia atau angin pasang merupakan penjuluran keluar tisu atau organ yang tidak normal, seperti usus, menebusi dinding rongga daripada kedudukan biasanya.[1] Hernia terdapat dalam beberapa jenis.[6] Selalunya ia melibatkan perut, khususnya di kawasan kelangkang (groin).[6] Hernia kelangkang ialah hernia yang paling biasa ditemui antara jenis inguinal tetapi mungkin juga merupakan jenis femoral.[1] Jenis-jenis lain hernia juga termasuk jenis hiatus, jenis insisi, dan jenis umbilik.[6] Terdapat pelbagai gejala wujud pada kira-kira 66% penghidap hernia kelangkang, yang termasuknya kesakitan atau ketidakselesaan, terutamanya semasa batuk, bersenam atau pergi ke bilik mandi.[1] Selalunya, ia menjadi lebih teruk sepanjang hari dan bertambah baik apabila berbaring.[1] Kawasan yang membonjol mungkin kelihatan menjadi lebih besar sewaktu meneran.[1] Hernia kelangkang berlaku lebih kerap di sebelah kanan berbanding sebelah kiri.[1] Kebimbangan utama berkenaan hernia ialah pencekikan yakni penyumbatan bekalan darah ke bahagian usus, yang biasanya menyebabkan kesakitan dan kenyerian yang teruk di kawasan tersebut.[1] Hernia hiatus sering mengakibatkan pedih ulu hati tetapi juga boleh menyebabkan sakit dada atau sakit semasa makan. [3]

Hernia
Wikipedia tidak memberikan nasihat perubatan profesional Penafian perubatan
Gambar rajah hernia inguinal tak langsung (pandangan sisi)
PengkhususanPembedahan umum
GejalaKesakitan terutamanya sewaktu batuk, ada kawasan membonjol[1]
KerumitanPencekikan usus[1]
Permulaan biasa
< 1 tahun dan > 50 tahun (hernia kelangkang)[2]
Merokok, penyakit peparu obstruktif kronik, obesiti, kehamilan, dialisis peritoneum, penyakit vaskular kolagen[1][2][3]
Berdasarkan gejala, pengimejan perubatan[1]
RawatanPemerhatian, pembedahan[1]
Kekerapan18.5 juta (2015)[4]
Kematian59,800 (2015)[5]
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Antara faktor-faktor risiko untuk perkembangan hernia termasuk: merokok, penyakit peparu obstruktif kronik, obesiti, kehamilan, dialisis peritoneal, penyakit vaskular kolagen dan pernah ada apendektomi terbuka.[1][2][3] Sebahagian hernia berpunca dari faktor genetik dan lebih kerap berlaku dalam kalangan keluarga tertentu.[1] Tidak jelas sama ada hernia kelangkang boleh dikaitkan dengan aktiviti mengangkat berat.[1] Hernia selalunya boleh didiagnosis berdasarkan tanda dan gejala.[1] Kadangkala, pengimejan perubatan digunakan untuk mengesahkan diagnosis atau menolak kemungkinan punca lain.[1] Diagnosis hernia hiatus selalunya melalui endoskopi.[3]

Hernia kelangkang yang tidak menyebabkan gejala pada lelaki tidak perlu dibaikan.[1] Walau bagaimanapun, pembaikan biasanya disyorkan kepada wanita kerana kadar hernia femur yang lebih tinggi komplikasinya.[1] Jika pencekikan berlaku, pembedahan segera diperlukan.[1] Pembaikan boleh dilakukan dengan pembedahan terbuka atau pembedahan laparoskopi.[1] Pembedahan terbuka mempunyai faedah yang mungkin boleh dilakukan hanya dengan pembiusan setempat berbanding pembiusan umum.[1] Pembedahan laparoskopi secara amnya menyebabkan kurang kesakitan selepas prosedur.[1] Hernia hiatus boleh dirawat dengan perubahan gaya hidup seperti meninggi kepala katil, menurun berat badan dan mengubah tabiat makan.[3] Ubat-ubatan penghalang H2 atau perencat pam proton boleh membantu.[3] Jika simptom tidak bertambah baik dengan ubat-ubatan, pembedahan melalui fundoplikasi Nissen berlaparoskopi mungkin menjadi pilihan.[3]

Sebanyak 27% dari golongan lelaki dan 3% dari golongan perempuan mengalami hernia kelangkang pada suatu ketika dalam kehidupan mereka.[1] Hernia inguinal, hernia femur dan hernia abdomen wujud di kalangan 18.5 juta orang dan menyebabkan 59,800 kematian pada tahun 2015.[4][5] Hernia kelangkang berlaku biasanya sebelum umur 1 tahun dan selepas umur 50 tahun.[2] Sekerap mana hernia hiatus berlaku tidak dapat diketahui, dengan anggaran sebanyak 10% sehingga 80% di benua Amerika Utara.[3] Huraian yang pertama diketahui tentang hernia boleh melangkaui sekurang-kurangnya pada 1550 sebelum masihi, pada manuskrip papirus Ebers dari Mesir Purba.[7]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x Fitzgibbons RJ, Jr; Forse, RA (19 February 2015). "Clinical practice. Groin hernias in adults". The New England Journal of Medicine. 372 (8): 756–63. doi:10.1056/NEJMcp1404068. PMID 25693015.
  2. ^ a b c d Domino, Frank J. (2014). The 5-minute clinical consult 2014 (ed. 22nd). Philadelphia, Pa.: Wolters Kluwer Health/Lippincott Williams & Wilkins. m/s. 562. ISBN 9781451188509. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-08-22.
  3. ^ a b c d e f g h Roman, S; Kahrilas, PJ (23 October 2014). "The diagnosis and management of hiatus hernia". BMJ (Clinical Research Ed.). 349: g6154. doi:10.1136/bmj.g6154. PMID 25341679. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 August 2021. Dicapai pada 17 December 2019.
  4. ^ a b GBD 2015 Disease and Injury Incidence and Prevalence, Collaborators. (8 October 2016). "Global, regional, and national incidence, prevalence, and years lived with disability for 310 diseases and injuries, 1990-2015: a systematic analysis for the Global Burden of Disease Study 2015". Lancet. 388 (10053): 1545–1602. doi:10.1016/S0140-6736(16)31678-6. PMC 5055577. PMID 27733282.
  5. ^ a b GBD 2015 Mortality and Causes of Death, Collaborators. (8 October 2016). "Global, regional, and national life expectancy, all-cause mortality, and cause-specific mortality for 249 causes of death, 1980-2015: a systematic analysis for the Global Burden of Disease Study 2015". Lancet. 388 (10053): 1459–1544. doi:10.1016/s0140-6736(16)31012-1. PMC 5388903. PMID 27733281.
  6. ^ a b c "Hernia". www.nlm.nih.gov. 9 August 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 March 2015. Dicapai pada 12 March 2015.
  7. ^ Nigam, VK (2009). Essentials of Abdominal Wall Hernias. I. K. International Pvt Ltd. m/s. 6. ISBN 9788189866938. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-09-08.