Himpunan Kebebasan Akademik 2011
Himpunan Kebebasan Akademik 2011 diadakan pada 31 Disember 2011 di hadapan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) , Tanjung Malim, Perak. 17 mahasiswa ditahan kira-kira jam 4 pagi dan dibawa ke Balai Polis Tanjung Malim untuk disoal siasat, sebelum dibawa ke Balai Polis Slim River. Seramai 20 mahasiswa ditahan. Insiden ini ada kaitan dengan kes mahasiswa Adam Adli yang UPSI yang menurunkan bendera Perdana Menteri Najib Razak di PWTC. Kumpulan mahasiswa itu sekadar menyatakan bantahan terhadap Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU).[1][2]
Mereka mendakwa ditahan secara kasar oleh polis ketika sedang mengadakan protes pada Himpunan Kebebasan Akademik (BEBAS) di hadapan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) di malam ambang tahun baru. Mahasiswa itu seramai 60 orang duduk di hadapan UPSI sebagai menyatakan protes Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dan menuntut solidariti untuk Adam Adli Abdul Halim.
Polis mengadakan sekatan sepanjang lebuh raya menghala ke Tanjung Malim. [3] Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) menegaskan tindakan ini bercanggah dengan Akta Perhimpunan Aman yang diwujudkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. [4]
Cedera dan ditahan
suntingPresiden Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik Muhammad Safwan Anang patah tulang rusuk. Amar Rasyidi cedera di kepala manakala 20 mahasiswa ditahan. Mereka ditahan secara kasar oleh polis ketika sedang mengadakan protes pada Himpunan Kebebasan Akademik (BEBAS) di hadapan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) .Muhammad Safwan dibawa ke Hospital Tanjung Malim sebelum dipindahkan ke Hospital Slim River .Safwan masih terlantar di Hospital Slim River.
Presiden Kumpulan Aktivis Independen Mahasiswa (KAMI) Haziq Abdullah Abdul Aziz dan aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) Mandeep Singh. Tangkapan bermula selepas tengah malam sehingga jam 4 pagi .
Bantuan guaman
suntingJuham Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi dari Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Dewan Pemuda PAS Pusat menyatakan kesediaan untuk membantu mahasiswa yang ditahan polis.[5][6]
Peguam Fadiah Najwa Fikri dari “Lawyers for Liberty” berjanji akan membela mahasiswa tersebut.[7]
Ketua koordinator Jingga 13, Fariz Musa mengecam tindakan FRU yang tidak bertepatan dengan hasrat Perdana Menteri untuk mengukuhkan demokrasi yang memberi kebebasan kepada rakyat.[8]
Gesa dibebaskan
suntingDewan Pemuda PAS Negeri Kedah (DPPNK) melalui Ketua Penerangannya Mohd Nasir Zakaria menuntut Kerajaan Barisan Nasional dengan serta merta bertindak:
- Bebaskan semua mahasiswa yang ditahan tanpa syarat.
- Menghapuskan serta-merta akta zalim Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).
- Hapuskan serta-merta Akta Perhimpunan Aman.
- Membayar semua kos rawatan perubatan bagi mahasiswa yang cedera.
- Memohon maaf kepada semua mahasiswa dan rakyat Malaysia[9]
Rujukan
sunting- ^ PKR: Polis guna kekasaran melampau
- ^ Demo UPSI: Siswa cedera, 20 ditahan
- ^ "Polis pukul, tahan aktivis mahasiswa dalam demonstrasi di UPSI". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-01-05. Dicapai pada 2012-01-01.
- ^ "Nurul Izzah: "Tindakan ganas polis terhadap mahasiswa bukti kerakusan BN gunakan pihak berkuasa"". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-01-07. Dicapai pada 2012-01-01.
- ^ "Insiden UPSI: Kesemua mahasiswa dibebaskan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-01-07. Dicapai pada 2012-01-01.
- ^ "Peguam muda PAS sedia bela mahasiswa yang ditahan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-01-07. Dicapai pada 2012-01-01.
- ^ "Polis pukul, tahan aktivis mahasiswa dalam demonstrasi di UPSI". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-01-05. Dicapai pada 2012-01-01.
- ^ NGO, kumpulan siswa kecam tindakan polis
- ^ "Insiden UPSI: Rakyat perlu hentikan kezaliman BN". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-01-03. Dicapai pada 2012-01-01.