Hormon pertumbuhan
Hormon pertumbuhan atau somatotropin ialah suatu hormon peptida yang menggalakkan pertumbuhan, pembiakan sel serta penjanaan semula sel dalam manusia dan haiwan-haiwan lain. Ini ialah hormon yang penting dalam perkembangan manusia. Hormon ini juga merangsang penghasilan IGF-1 dan meningkatkan kepekatan glukosa dan asid lemak bebas.[1][2] Ia ialah sejenis mitogen yang dikhususkan terhadap reseptor di sel-sel tertentu. Hormon pertumbuhan ialah suat asid amino, suatu polipeptida rantai tunggal yang dihasilkan, disimpan dan dirembeskan oleh sel somatotropik di kawasan lateral kelenjar pituitari anterior.
Hormon pertumbuhan 1 (pituitari) | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Pengenal pasti | |||||||
Simbol | GH1 | ||||||
Gen NCBI | 2688 | ||||||
HGNC | 4261 | ||||||
OMIM | 139250 | ||||||
RefSeq | NM_022562 | ||||||
UniProt | P01241 | ||||||
Other data | |||||||
Lokus | Kromosom 17 q22-q24 | ||||||
|
Hormon pertumbuhan 2 (plasenta) | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Pengenal pasti | |||||||
Simbol | GH2 | ||||||
Gen NCBI | 2689 | ||||||
HGNC | 4262 | ||||||
OMIM | 139240 | ||||||
RefSeq | NM_002059 | ||||||
UniProt | P01242 | ||||||
Other data | |||||||
Lokus | Kromosom 17 q22-q24 | ||||||
|
Suatu bentuk rekombinan hormon pertumbuhan dipanggil sebagai somatropin (INN), dan digunakan sebagai ubat untuk merawat masalah tumbesaran kanak-kanan dan kekurangan hormon pertumbuhan pada dewasan. Walau bagaimanapun, kebanyakan fungsi hormon jenis ini masih tidak diketahui.[3]
Rujukan
sunting- ^ Ranabir S, Reetu K (January 2011). "Stress and hormones". Indian Journal of Endocrinology and Metabolism. 15 (1): 18–22. doi:10.4103/2230-8210.77573. PMC 3079864. PMID 21584161.
- ^ Greenwood FC, Landon J (April 1966). "Growth hormone secretion in response to stress in man". Nature. 210 (5035): 540–1. Bibcode:1966Natur.210..540G. doi:10.1038/210540a0. PMID 5960526. S2CID 1829264.
- ^ Powers M (2005). "Performance-Enhancing Drugs". Dalam Leaver-Dunn D, Houglum J, Harrelson GL (penyunting). Principles of Pharmacology for Athletic Trainers. Slack Incorporated. m/s. 331–332. ISBN 978-1-55642-594-3.
Pautan luar
sunting- Kategori berkenaan Hormon pertumbuhan di Wikimedia Commons