Hospital Indonesia

Hospital Indonesia (Arab: المستشفى الإندونيسي) ialah sebuah hospital yang terletak di Bait Lahia, Kegabenoran Gaza Utara, Genting Gaza, Palestin.

Hospital Indonesia
المستشفى الإندونيسي
Jawatankuasa Penyelamat Kecemasan Perubatan
Geografi
LokasiBait Lahia, Kegabenoran Gaza Utara, Genting Gaza, Palestin
Organisasi
PembiayaanAwam
Perkhidmatan
Katil100
Sejarah
Diasaskan2016 (2016)

Pembinaan hospital ini bermula pada 2011 di atas tanah berkeluasan 16,000 meter persegi yang diwakafkan oleh pemerintahan Gaza.[1][2] Projek ini menelan perbelanjaan 126 juta rupiah Indonesia yang disumbangkan daripada rakyat Indonesia dan beberapa pertubuhan seperti Persatuan Palang Merah Indonesia serta Muhammadiyah, yang dikumpulkan melalui Jawatankuasa Penyelamat Kecemasan Perubatan (MER-C).[3][4]

Naib Presiden Indoensia, Jusuf Kalla telah merasmikan pembukaan hospital ini pada 9 Januari 2016.[1]

Hospital ini mempunyai 100 katil wad, 4 bilik pembedahan, dan 10 katil unit rawatan rapi.[2][5] Kakitangan termasuklah sejumlah 400 orang warga Palestin yang dibiayai Kementerian Kesihatan Gaza, dan beberapa sukarelawan dari Indonesia.[1]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c Benamara, Nadia. "Indonesia Hospital saves lives in Gaza - OPEC Fund for International Development". The OPEC Fund for International Development (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-10-10.
  2. ^ a b "Indonesia Hospital Opens in Gaza Strip". Hospimedica.com. 2016-04-11. Dicapai pada 2023-10-10.
  3. ^ "OPT: RI to build hospital in Gaza - occupied Palestinian territory | ReliefWeb". reliefweb.int (dalam bahasa Inggeris). 2009-02-04. Dicapai pada 2023-10-10.
  4. ^ "Indonesia Hospital in Gaza denotes Indonesians solidarity with Palestinians: VP - Vice President of The Republic of Indonesia". www.wapresri.go.id (dalam bahasa Inggeris). 2016-01-09. Dicapai pada 2023-10-10.
  5. ^ "Gaza Strip gets first new hospital in a decade, two more due this year". Reuters (dalam bahasa Inggeris). 2016-01-06. Dicapai pada 2023-10-10.