Hospital Sungai Buloh

(Dilencongkan dari Hospital Sungai Buluh)

Hospital Sungai Buloh ialah sebuah hospital kerajaan yang terletak di Sungai Buloh, Selangor, Malaysia. Terletak kira-kira 25 km daripada Bandaraya Kuala Lumpur di Mukim Batu, Daerah Gombak, Daerah Kuala Selangor, terletak bersebelahan Lebuhraya Utara-Selatan Jajaran Utara.

Hospital Sungai Buloh
Bangunan utama Hospital Sungai Buloh
Hospital Sungai Buloh is located in Bumi
Hospital Sungai Buloh
Hospital Sungai Buloh (Bumi)
Geografi
LokasiJalan Hospital, 47000, Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
Koordinat3°13′11″N 101°35′58″E / 3.21972°N 101.59944°E / 3.21972; 101.59944Koordinat: 3°13′11″N 101°35′58″E / 3.21972°N 101.59944°E / 3.21972; 101.59944
Organisasi
PembiayaanAwam
Gabungan universitiManagement and Science Universiti
Universiti Teknologi MARA
Universiti Taylor's
Perkhidmatan
Jabatan kecemasanYa
Katil620[1]
Sejarah
Diasaskan1999[1]
Pautan
Laman sesawanghsgbuloh.moh.gov.my

Pada tahun 1999, projek pembangunan Hospital Sungai Buloh baharu ini (seluas 130 ekar) telah diumumkan bagi menampung keperluan populasi yang kian meningkat dan sesak di kawasan ini dan juga mengurangkan beban pesakit Hospital Kuala Lumpur.

Kawasan liputan perkhidmatan hospital ini adalah daerah Gombak, daerah Petaling dan Daerah Kuala Selangor[2]. Hospital Sungai Buloh ialah Pusat Rujukan Penyakit Berjangkit Kebangsaan yang merupakan hospital pakar kepada penyakit berjangkit.[3]

Pusat kecemerlangan sunting

Hospital Sungai Buloh telah dikenal pasti sebagai pusat kecemerlangan bagi 6 kategori iaitu penyakit berjangkit, kecemasan dan trauma, pembedahan neuro, pembedahan Maxillo-Fasial, pembedahan plastik dan rawatan kebakaran, serta ortopedik dan traumatologi.[4]

Sumbangan sunting

Pandemik COVID-19 sunting

Hospital Sungai Buloh telah menjadi pusat penempatan terawal di Malaysia bagi pesakit COVID-19. Mangsa terawal adalah tiga orang warganegara China berasal dari Wuhan yang memasuki Malaysia melalui Johor Bahru. yang didapati positif koronavirus ditempatkan ke Hospital Sungai Buloh walaupun mereka memasuki negara ini melalui Johor Bharu.[3]

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Hospital Sungai Buloh – Government Hospital in Sungai Buloh, Selangor". Malaysia Central. Dicapai pada 31 Mei 2016.
  2. ^ Latar Belakang Laman Sesawang Hospital Sungai Buloh
  3. ^ a b Nurul Huda Husain, Koronavirus: Hospital Sungai Buloh pakar penyakit berjangkit Sinar Harian
  4. ^ Nurul Fareha binti Ahmad Khairon (2015). Kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan kaunter di Unit Hasil Utama, Hospital Sungai Buloh. Kuala Lumpur: University of Malaya. m/s. 8.

Pautan luar sunting