How?

album mini 2024 oleh BOYNEXTDOOR

How? (digayakan dengan semua huruf besar) ialah album mini kedua bagi kumpulan muzik lelaki Korea Selatan BoyNextDoor, yang dilancarkan oleh syarikat KOZ Entertainment pada 15 April 2024. Album mini merupakan siri ketiga dan yang terakhir bagi trilogi pelancaran, selepas Who! (2023) and Why.. (2023). Diperkenalkan sebagai suatu album "kitschcore", How? melihat kembali cinta pertama yang bergelora yang diceritakan pada keluaran sebelum ini dan meneliti mengapa hubungan subjek itu berakhir.

HOW?
Album mini oleh BOYNEXTDOOR Edit the value on Wikidata
Dilancarkan pada15 April 2024 Edit the value on Wikidata
TempatKorea Selatan Edit the value on Wikidata
Genre
BahasaBahasa Korea dan bahasa Inggeris Edit the value on Wikidata
SyarikatKOZ Entertainment Edit the value on Wikidata
PengedarYG PLUS Edit the value on Wikidata
Kronologi BOYNEXTDOOR Edit the value on Wikidata
Why..
(2023)
How?
(2024)
And
(2024)
Single daripada Why..
  1. "Earth, Wind & Fire"
    Dikeluarkan: 15 April 2024 (2024-04-15)
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Album mini How? terdiri daripada tujuh buah runut dengan lagu "Earth, Wind & Fire" (Tanah, Angin & Api) dipilih sebagi runut utamanya. Anggota kumpulan BoyNextDoor iaitu Jaehyun, Taesan dan Woonhak dikreditkan untuk penulisan album itu.

Latar belakang sunting

Kumpulan muzik BoyNextDoor memulakan kerjaya mereka pada 30 Mei 2023, dengan album single Who!, diikuti dengan album mini Why.. yang dilancarkan pada 4 September 2023. Keluaran tersebut merupakan sebahagian daripada trilogi yang menceritakan kisah cinta, memuncak dengan pelancaran ketiga kumpulan.[1] Pada 13 Februari 2024, KOZ Entertainment mengeluarkan kenyataan yang mengesahkan bahawa persiapan untuk pelancaran kumpulan BoyNextDoor yang seterusnya sedang dijalankan dengan tarikh keluaran sasaran ditetapkan pada April tahun itu.[2][3]

Muzik dan seni kata sunting

Album mini How? berdurasi 19 minit 46 saat dan terdiri daripada tujuh buat runut. Anggota kumpulan iaitu Jaehyun, Taesan and Woonhak turut serta dalam penggubahan dan penulisan seni kata lagu untuk album ini.[4] Dibayangkan sebagai kitschcore,[a] runut-runut pelancaran ini ditemakan dengan gaya "kitsch" sebagai tambahan kepada "imej yang dikenali dan mesra".[1] Anggota Leehan menerangkan bahawa gaya tersebut bermatlamat untuk menjadi "hebat dengan mudahnya".[6]

Lagu-lagu yang ditulis untuk How? meneruskan kisah "cinta pertama dan patah hati" kacau-bilau, yang diceritakan dalam Who! dan Why...[7][8] Anggota Taesan menerangkan bahawa How? mengisi jurang antara dua pelancaran, di mana keluaran sebelumnya menyatakan "keterujaan cinta pertama yang menggetarkan hati", manakala yang kemudiannya dikisahkan sebagai "putus cinta yang menyayat hati".[8] Sebagai siri terakhir dalam trilogi "cinta pertama" kumpulan, album mini How? melihat kembali "kisah-kisah di antara dua pelancaran pertama" dan meneliti "mengapa perpecahan itu berlaku".[6]

"Who! menceritakan kisah jatuh cinta, manakala Why.. memperincikan perpisahan yang terjadi kemudiannya. Kami ingin peminat tertanya-tanya apa yang berlaku di antara kedua-dua album itu."

— Sungho semasa dalam suatu wadah media untuk How?[6]

Prestasi komersial sunting

Pada 12 April 2024, tiga hari sebelum hari pelancaran, YG Plus melaporkan bahawa album mini How? telah memperolehi lebih daripada 571,600 pratempahan, mencerminkan peningkatan 40% daripada pelancaran sebelumnya, Why...[9][10] Menurut Carta Hanteo, How? telah terjual sebanyak 531,911 salinan pada minggu pertama.[11] Album mini itu juga menduduki tempat pertama Carta Album Circle bagi keluaran 20 April.[12]

Senarai runut sunting

Senarai runut How?
No.TajukSeni kataGubahanSusunanMasa
1."OUR"
"Kita"
ZICO
  • ZICO
  • Pop Time
  • XENO VIBE
  • Pop Time
  • XENO VIBE
2:36
2."Amnesia"
  • Kako
  • Taesan
  • Woonhak
  • Pop Time
  • Kako
  • Taesan
  • Woonhak
  • Ryo
  • Pop Time
  • Ryo
2:50
3."So Let's Go See the Stars"[b]
"Jadi Mari Melihat Bintang-bintang"
  • Kako
  • Taesan
  • Woonhak
  • Pop Time
  • Kako
  • Taesan
  • Woonhak
  • Pop Time
  • Ryo
3:22
4."Earth, Wind & Fire"
"Tanah, Angin & Api"
  • Kako
  • Jaehyun
  • Taesan
  • Woonhak
  • ZICO
  • Pop Time
  • Kako
  • Jaehyun
  • Taesan
  • ZICO
  • Daily
  • Likey
  • Pop Time
  • Daily
  • Likey
2:59
5."Life Is Cool"[c]
"Hidup Itu Hebat"
  • Kako
  • Jaehyun
  • Taesan
  • Woonhak
  • Pop Time
  • Kako
  • Jaehyun
  • Taesan
  • Woonhak
Pop Time3:18
6."Dear. My Darling"
"Wahai, Sayangku"
  • Kako
  • Jaehyun
  • Taesan
  • Pop Time
  • Kako
  • Taesan
  • Ryo
  • Pop Time
  • Ryo
  • DUNK
1:40
7."Earth, Wind & Fire" (versi bahasa Inggeris)
  • Kako
  • Jaehyun
  • Taesan
  • Woonhak
  • ZICO
  • Jez Dio
  • Chris Wallace
  • PanDa
  • adeMade
  • Pop Time
  • Kako
  • Jaehyun
  • Taesan
  • ZICO
  • Daily
  • Likey
  • Pop Time
  • Daily
  • Likey
2:59
Jumlah masa: 19:46

Catatan sunting

  1. ^ Istilah "kitschcore" merupakan gabungan dua perkataan iaitu kitschcore dan norm-core, yang membawa maksud "hebat dengan mudahnya".[5]
  2. ^ Digayakan sebagai "So let's go see the stars".
  3. ^ Digayakan sebagai "l i f e i s c o o l".

Rujukan sunting

  1. ^ a b Lee, Jung-youn (26 Mac 2024). "Boynextdoor to hold first fanmeeting at Olympic Hall" [Boynextdoor akan mengadakan mesyuarat peminat pertama di Olympic Hall]. The Korea Herald (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Mac 2024. Dicapai pada 30 Mac 2024.
  2. ^ Chin, Carmen (14 Februari 2024). "BOYNEXTDOOR to release new music in April, label confirms" [BOYNEXTDOOR akan mengeluarkan muzik baharu pada bulan April, syarikat mengesahkannya]. NME (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 9 April 2024. Dicapai pada 9 April 2024.
  3. ^ Yoon, So-yeon (6 Mac 2024). "BoyNextDoor returning with more fun ahead of April comeback" [BoyNextDoor kembali dengan lebih banyak keseronokan menjelang kemunculan semula April]. Korea JoongAng Daily (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Mac 2024. Dicapai pada 30 Mac 2024.
  4. ^ Bernardo, Jaehwa (31 Mac 2024). "K-pop group BOYNEXTDOOR tackle 'first love, heartbreak' in upcoming EP" [Kumpulan K-pop BOYNEXTDOOR menangani 'cinta pertama, patah hati' dalam EP akan datang]. ABS-CBN News. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Mac 2024. Dicapai pada 31 Mac 2024.
  5. ^ Mallorca, Hannah (22 April 2024). "For BoyNextDoor, 'HOW?' is a 'perfect kitsch-core' display of first love" [Untuk BoyNextDoor, ‘HOW?’ ialah satu paparan ‘kitsch-core sempurna’ bagi kiash cinta]. Inquirer (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Mei 2024. Dicapai pada 10 Mei 2024.
  6. ^ a b c Cho, Yong-jun (15 April 2024). "'We had a lot of feelings': BoyNextDoor's new EP brings a yearlong love story to a close" ['Kami ada banyak perasaan': EP baharu BoyNextDoor mengakhiri cerita cinta selama setahun]. Korea JoongAng Daily (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 15 April 2024. Dicapai pada 15 April 2024.
  7. ^ Yoo, Hong (22 Mac 2024). "Hybe artists ready to return in April" [Artis-artis Hybe bersedia untuk kembali pada April]. The Korea Herald (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 9 April 2024. Dicapai pada 30 Mac 2024.
  8. ^ a b Bernardo, Jaehwa (15 April 2024). "BOYNEXTDOOR flaunts sped-up lines, 'kitsch core' style in EP 'How?'" [BOYNEXTDOOR mempamerkan barisan dipercepatkan, gaya ‘kitsch core’ dalam EP ‘How?’]. ABS-CBN News. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 April 2024. Dicapai pada 18 Mei 2024.
  9. ^ Ko, Seung-hee (12 April 2024). "보이넥스트도어, 컴백 앨범 선주문량 하프 밀리언셀러" [BOYNEXTDOOR, jumlah pratempahan album kemunculan semula terjual setengah juta]. Herald (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada 13 April 2024. Dicapai pada 12 April 2024.
  10. ^ Chu, Seung-hyeon (12 April 2024). "보이넥스트도어, 상승세 가파르다...선주문량 40% 증가" [BOYNEXTDOOR naik meninggi... Jumlah pratempahan meningkat sebanyak 40%]. Newsis (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada 13 April 2024. Dicapai pada 12 April 2024.
  11. ^ Yoon, Sang-geun (22 April 2024). Lee, So-yun (penyunting). "BOYNEXTDOOR sold a total of 531,911 copies" [BOYNEXTDOOR menjual sebanyak 531,911 salinan]. Star News (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 27 April 2024. Dicapai pada 27 April 2024.
  12. ^ "Album Chart: 2024 Week 16" [Carta Album: Minggu 16 2024]. Carta Circle (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada 25 April 2024. Dicapai pada 25 April 2024.