Hubungan Brunei–Laos

Brunei dan Laos menubuhkan hubungan diplomatik pada tahun 1993. Brunei mempunyai kedutaan di Vientiane, dan Laos mempunyai kedutaan di Bandar Seri Begawan.[1] Kedua-dua negara bekerjasama dalam perdagangan, pendidikan dan pertahanan.[1]

Hubungan Brunei–Laos
Peta menunjukkan lokasi Brunei dengan Laos

Brunei

Laos

Sejarah sunting

Hubungan antara kedua-dua negara telah terjalin sejak 27 Julai 1993.[1] Pada 2010, Presiden Choummaly Sayasone telah membuat lawatan negara ke Brunei semasa Sultan Brunei menghadiri mesyuarat ASEM di Vientiane pada 2012.[1][2] Perdana Menteri Thongsing Thammavong juga membuat lawatan rasmi ke Brunei pada 2013.[3]

Hubungan ekonomi sunting

Pada 1999, kedua-dua negara telah menandatangani memorandum persefahaman mengenai penubuhan Suruhanjaya Bersama untuk Kerjasama Dua Hala (JCBC).[1] Memorandum mengenai kerjasama sukan pula telah ditandatangani pada 2013.[3] Kedua-dua negara juga dalam proses untuk menubuhkan perjanjian perdagangan barter, di mana kedua-dua negara boleh menukar produk keluaran tempatan mereka mengikut keperluan kedua-dua negara.[4]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d e "Brunei-Laos Relations". Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Februari 2014. Dicapai pada 7 Februari 2014.
  2. ^ "Laos, Brunei promote collaborative ties". Vientiane Times. asiaone. 24 November 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Februari 2014. Dicapai pada 7 Februari 2014.
  3. ^ a b "Laos, Brunei step up cooperation". Vietnam News Agency. Tuổi Trẻ. 3 April 2013. Dicapai pada 7 Februari 2014.
  4. ^ "Laos looks to barter trade with Brunei". The Brunei Times. The Cambodia Herald. 4 March 2013. Dicapai pada 7 Februari 2014.