Hukuman mati di Malaysia

Kaedah pelaksanaan hukuman mati di Malaysia adalah menerusi teknik hukuman gantung. Kesalahan membunuh dengan niat, mengedar dadah melebihi jumlah yang ditetapkan dan kesalahan bersabit pemilikan senjata api adalah di antara perbuatan yang boleh membawa kepada hukuman gantung sampai mati.

Dalam sistem perundangan di Malaysia, seseorang itu akan melalui beberapa peringkat perbicaraan terlebih dahulu sebelum hukuman mati dilaksanakan. Peringkat pertama ialah hukuman oleh Mahkamah Tinggi diikuti Mahkamah Rayuan dan terakhir sekali oleh Mahkamah Persekutuan. Sekiranya ketiga-tiga peringkat mahkamah ini memutuskan keputusan bersalah terhadap tertuduh, maka satu rayuan pengampunan terhadap kesalahan akan dilakukan dikemukakan kepada Yang di-Pertua Agong atau Duli Yang Maha Mulia Sultan atau Yang Di Pertua Negeri, bergantung di mana kesalahan itu dilakukan. Keputusan yang diputuskan ini adalah dianggap muktamad dan sekiranya hukuman itu dikekalkan, maka mahkamah akan memerintahkan supaya Jabatan Penjara menjalankan hukuman gantung sampai mati kepada pesalah.

Seseorang yang dihukum gantung sampai mati oleh mahkamah, dari aspek perundangan yang dilalui oleh mereka memakan masa yang panjang. Pengalaman Penjara Taiping, di dapati purata seseorang itu menjalani hukuman mati dari tarikh mula jatuh hukum oleh mahkamah tinggi adalah berbeza-beza dan mengambil masa bertahun-tahun. Ada yang melibatkan masa antara 1 tahun 9 bulan dan sehingga ada yang mengambil masa 7 tahun 10 bulan.[petikan diperlukan]

Setelah semua proses perundangan tamat dan rayuan untuk meringankan hukuman telah ditolak oleh Lembaga Pengampunan, pihak penjara terlibat akan menunggu arahan untuk menjalankan hukuman. Apabila arahan melaksanakan hukuman dikeluarkan oleh mahkamah, pihak Jabatan Penjara akan mengendalikan urusan pelaksanaan hukuman gantung berasaskan 5 fasa tindakan.

Pengampunan adalah suatu bidang kuasa yang terletak dibawah Raja-raja Melayu atau Yang di-Pertua Negeri negeri di mana jenayah itu dilakukan atau Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak mengampunkan penjenayah jika jenayah itu dilakukan di Wilayah Persekutuan atau apabila melibatkan ahli-ahli angkatan tentera. Hukuman mati di Malaysia dijalankan atas konsep gantung sebagaimana yang diperuntukkan dalam Seksyen 281 Kanun Tatacara Jenayah. Wanita hamil dan kanak-kanak tidak boleh dihukum mati. Terdapat dua jenis hukuman gantung iaitu hukuman gantung dan hukuman gantung sehingga mati.

Berdasarkarkan Seksyen 97 Akta Kanak-Kanak 2001, seorang kanak-kanak tidak boleh dikenakan hukuman mati sekiranya kesalahan itu dilakukan ketika suspek adalah bawah umur (bawah 18 tahun), dan sebaliknya hukuman penjara dikenakan berdasarkan budi bicara Yang di-Pertuan Agong sekiranya kesalahan dilakukan di Wilayah Persekutuan, dan Raja atau Yang di-Pertuan Negeri sekiranya dilakukan di negeri-negeri lain.[1]

Peruntukan hukuman matiSunting

Senarai berikut ialah senarai kesalahan jenayah yang membawa hukuman mati di Malaysia.

Berdasarkan Kanun KeseksaanSunting

  • Melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong, Raja atau Yang di-Pertuan Negeri - Seksyen 121 (lihat Al-Ma'unah)
  • Kesalahan terhadap Raja-raja Melayu[2] - Seksyen 121A
    • termasuk membunuh, cubaan membunuh atau mencederakan serta cubaan menghalang ahli Raja-raja Melayu.
  • Bersubahat bagi pihak Angkatan Tentera Malaysia - Seksyen 132
  • Pembunuhan - Seksyen 302 (wajib) (lihat Mona Fandey)
  • Bersubahat membunuh diri - Seksyen 305
    • apabila melibatkan bunuh diri dalam kalangan kanak-kanak, orang gila atau tergila-gila, -----, atau orang yang mabuk.
  • Dicuba dengan kehidupan banduan membunuh, jika berlaku kecederaan - Seksyen 307 (c) (wajib)
  • Menculik atau melarikan untuk membunuh - Seksyen 364
  • Tebusan - Seksyen 374A
  • Geng rompakan dengan pembunuhan - Seksyen 396

Selain Kanun KeseksaanSunting

SejarahSunting

Hukuman mati bagi kes buang bayiSunting

Di Malaysia, kes pembuangan bayi dilihat berlaku semakin menjadi-jadi.[3] Dianggarkan bagi tempoh 2008 hingga 2009, sebanyak 181 kes pembuangan bayi dilaporkan di Malaysia, manakala 60 kes direkodkan sejak awal tahun 2010 hingga 12/8/2010.[4] Malah masalah ini dari hari ke hari semakin bertambah di negara tersebut. Keadaan tersebut dipandang cukup serius oleh pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan, penguatkuasaan dan beberapa badan bukan kerajaan akibat dari liputan media yang hangat.

Berikutan itu, Kabinet Malaysia telah memutuskan kes pembuangan bayi disiasat sebagai kes bunuh atau percubaan membunuh bagi memastikan perbuatan tidak berperikemanusiaan itu menerima hukuman berat.[5]

Kes bunuh disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukuman gantung sampai mati, manakala kes percubaan membunuh mengikut Seksyen 307 kanun sama membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun.

Sebelum ini, semua kes pembuangan bayi disiasat mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-kanak 2001 yang boleh dihukum denda maksimum RM 20,000 atau penjara 10 tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.[6]

Catatan dan rujukanSunting

  1. ^ "Akta 611: Akta Kanak-Kanak 2001" (PDF). Laws of Malaysia. 1 Februari 2018. m/s. 18, 134. Dicapai pada 4 November 2020.
  2. ^ termasuk Yang di-Pertuan Agong, Sultan, Yang di-Pertuan Besar dan Yang di-Pertua Negeri.
  3. ^ http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?dt=0801&pg=mh_04.htm&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&y=2010
  4. ^ http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Hukumanmatikesbuangbayi/Article/
  5. ^ http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Hukumanmatikesbuangbayi/Article/
  6. ^ http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Hukumanmatikesbuangbayi/Article/

  Kandungan diatas perlu dikembangkan dan dikemas kini sentiasa. Jika ada sebarang kesalahan fakta berkenaan hukuman mati selain dari yang tersenarai di atas, sila laporkanya segera di ruang perbincangan.