Canny Ong

Mangsa pembunuhan Malaysia

Canny Ong Lay Kian (18 Julai 1974 - 14 Jun 2003) merupakan seorang penganalisis teknologi maklumat (IT) Malaysia yang menjadi mangsa pembunuhan kejam pada 13 Jun 2003. Mendiang mati dibakar di sebuah lubang/longkang di tapak pembinaan Projek Lebuh Raya Pantai Baru, Petaling Jaya pada 17 Jun 2003. Canny Ong adalah pemegang tali pinggang hitam seni mempertahankan diri.[1] Kesnya mendapat perhatian meluas dari media tempatan ketika itu.[2] Penganalisis jenayah, Kamal Affandi Hashim menyifatkan kes pembunuhan Canny sebagai "kes yang paling lama berlangsung dalam lanskap jenayah Malaysia".

Canny Ong Lay Kian
Gambar fail Canny Ong
Kelahiran
Canny Ong Lay Kian

(1974-07-18)18 Julai 1974
Meninggal dunia14 Jun 2003(2003-06-14) (umur 28)
Sebab kematianDibunuh
Pusat pendidikanUniversiti California, San Diego
PekerjaanPenganalisis Teknologi Maklumat (IT)
PasanganBrandon Ong (2001-2003; kematiannya)
Ibu bapaOng Bee Jeng (bapa)
Pearly Visvanathan Ong (ibu)
SaudaraElsie Ong (kakak)

Biografi sunting

Canny Ong dilahirkan pada 18 Julai 1974 di Ipoh, Perak adalah warga Malaysia yang bekerja sebagai penganalisis teknologi maklumat di San Diego, California, Amerika Syarikat. Ibunya seorang keturunan kacukan Cina dan India, Pearly Visvanathan Ong dan mempunyai seorang kakak yang bernama Elsie Ong. Bapanya, Ong Bee Jeng menghidap kanser dan Ong terbang jauh ke Malaysia menziarahi bapanya yang terlantar sakit.

BY:JOVESLEE

Diculik, dirogol, ditikam dan dibakar sunting

Canny Ong bekerja sebagai penganalisis IT di Amerika Syarikat dengan suaminya Brandon Ong. Mereka kembali seketika ke Malaysia untuk menziarahi bapanya yang sakit. Sehari sebelum pulang ke Amerika Syarikat, pada 13 Jun 2003, beliau keluar untuk makan malam bersama beberapa ahli keluarga dan kawan-kawan rapat di Restoran Monde, Kompleks Beli-Belah Bangsar (BSC) Bangsar, Kuala Lumpur. Sehabis makan, beliau kembali ke kereta di ruang pakir bawah tanah untuk mengambil tiket parkir sementara ibu dan adiknya menanti di mesin Autopay.

Selepas menunggu 20 minit, ibunya Pearly Visvanathan dan kakaknya pergi ke tempat parkir kereta dan mendapati kereta Proton Tiara ungu (plat WFN 6871) hilang. Pita CCTV memaparkan Canny diculik oleh seorang lelaki yang akhirnya dikenal sebagai Ahmad Najib.

Kemudian mayat hangus Canny ditemui dalam lubang 1 meter padu dengan kedua-dua tangan bersilang di atas dada dan kakinya terjuntai keluar dari lubang itu.[3] Mayat dijumpai tertanam di bawah dua tayar berisi simen empat hari kemudian selepas diculik.[4]

Siasatan forensik menjurus kepada penangkapan tukang kabin pesawat MAS, Ahmad Najib Aris, yang berusia 27 tahun. Namun, Ahmad Najib tiada motif yang jelas dan mengaku tidak bersalah. Akhirnya, Mahkamah memutuskan dia dihukum gantung sampai mati pada 2005. Peguam bela bagi Ahmad Najib ialah Rosal Azimin Ahmad, yang juga tinggal di taman perumahan yang sama dan rakan permainan bola sepak yang sama. Baginya, Ahmad Najib seorang yang tenang dan boleh bersosial, bukan suka menyendiri.[5]

Kronologi sunting

 
Saat bahagia mendiang Canny bersama suaminya, Brandon Ong.
  1. Pada 13 Jun 2003, Canny Ong diculik di ruang parkir kereta bawah tanah di Bangsar Shopping Center (BSC) pada jam 10.45 malam. Kereta Canny Ong dipandu keluar laju dan merempuh palang penghadang.
  2. Setelah kehilangan anak selama 30 minit, ibunya Pearly Visvanathan Ong membuat laporan polis di Balai Polis Brickfield.
  3. Pada 14 Jun, jam 12.00 malam, dua anggota polis meronda bermotosikal telah terjumpa kereta disyaki, Proton Tiara dan Canny Ong di dalamnya berhampiran Kelana Jaya. Canny Ong masih hidup ketika itu. Suspek dan perempuan itu telah memberi kad pengenalan dan beredar. Dua anggota polis (tidak berpakaian seragam polis) meronda mendapati Canny Ong tunduk mendiamkan diri dan telah menyerahkan kad pengenalan. Mulanya menyangka mereka berdua sedang berasmara. Canny ada memberi dua isyarat tangan tetapi tidak difahami. Tayar hadapan kereta ditembak ketika cuba melarikan diri. Kad pengenalan suspek dalam tangan dua polis tersebut.
  4. Sekali lagi suspek memberhentikan kereta dan cuba menukar tayar yang telah bocor akibat ditembak polis. Canny Ong sepatutnya boleh melarikan diri tetapi tidak berbuat demikian. Tayar kanan kereta Tiara itu gagal ditukar.
  5. Pada 14 Jun, Canny Ong telah dirogol di dalam kereta di bawah jejantas dalam pembinaan berhampiran Taman Datuk Harun di Jalan Kelang Lama antara jam 1.00 - 5.00 pagi.
  6. Pada 14 Jun, suspek telah membunuh Canny Ong dengan dua tikaman pisau. Tubuh Canny Ong dihenyak ke dalam lubang sempit di tepi lebuh raya dan ditindih dengan dua tayar besar berisi simen. Kereta ditinggalkan di sebuah rumah kedai berhampiran. Dia kemudian bersembunyi dan melarikan diri dengan sebuah teksi.
  7. Pada 15 Jun, suspek telah membeli dua botol petrol di stesen minyak Jalan Pantai Baru. Dia kembali ke lubang itu dan menjirus minyak dan bakar mayat sehingga rentung.
  8. Pengurus tapak binaan lebuh raya mendapati mayat rentung hangus dan membuat laporan polis.
  9. Siasatan forensik CSI berjaya menemui kondom di tempat kejadian. Kesan DNA Canny ditemui pada seluar jean milik Ahmad Najib. Air mani Ahmad Najib ditemui pada mayat Canny Ong.[6]

Ahmad Najib Aris sunting

Ahmad Najib Aris bukan seorang penganggur dan telah beristeri dan mempunyai dua anak. Dia bekerja sebagai pencuci kabin kapal terbang dan berasal dari Perak dan menetap di Pantai Dalam. Ahmad Najib yang sekadar lulusan Tingkatan Tiga, tergerak untuk menculik Canny Ong kerana melihat penampilannya yang cantik, ramping dan berjalan seorang diri di malam sunyi. Ahmad Najib tahu akan selok belok BSC kerana pernah bekerja di situ.

Pakar kriminalogi dan psikiatri, Dr. Geshina Ayu Mat Saat mengesahkan Ahmad Najib tidak psikotik dan dapat berfungsi seperti biasa. Dia mempunyai hubungan yang baik dengan keluarga dan rakan-rakan sejawat dan sejiran.

Pada Februari 2005, Mahkamah Tinggi Shah Alam memutuskan dia dihukum gantung sampai mati. Pada tahun 2009, Mahkamah Persekutuan menolak rayuannya terhadap hukuman mati. Semasa perbicaraan, dia hanya mendiamkan diri dan menangis apabila dijatuhi hukuman gantung.

Pada hari Jumaat, 23 September 2016, sejurus selepas subuh, Ahmad Najib telah dihukum gantung sampai mati[7][8] oleh polis, mengakhiri kes ini selepas 13 tahun berlaku dan selepas 8 tahun dia dijatuhi hukuman.[9][10]

Dokumentari sunting

Pada 2009, Ahmad Yazid dari Rack Focus Films telah membuat dokumentari pembunuhan kejam terhadap Canny. Astro telah menyiarkan temubual bersama ibu mendiang, Pearly Visvanathan Ong, 63, teman rapat Canny, Noreen Natasha, wartawan pertama yang tampil dengan berita itu, Fay Angela D'Cruz, pakar kriminologi dan psikologi, Dr. Geshina Ayu Mat Saat. Rakaman perbualan turut dilakukan terhadap Timbalan Pendakwa Raya Awam kes tersebut, Datuk Salehuddin Saidin; Timbalan Suprintenden Polis dan Ketua Unit Siasatan Jenayah kes itu, Amidon Adnan; Ketua Bahagian Penyiasatan Jenayah ketika itu, Senior Asisten Komisioner (SAC) Abu Bakar Mustafa, peguam bela pesalah, Ahmad Najib Aris, Rosal Azimin Ahmad; Ketua pasukan pertahanan pesalah, Muhammad Haniff Khatri Abdullah dan polis peronda ketika kejadian, Lans Koperal, S.Ravichandran. Temubual dengan pesalah Ahmad Najib telah ditapis lebih awal.[11]

Dokumentari The Murder Of Canny Ong disiarkan pada 13 Disember 2011 pada jam 11 malam di Rangkaian Jenayah dan Penyiasatan (Astro Saluran 732). Siaran ulangannya pada 15 Dis (8:00), 16 Dis (10:00), 17 Dis (08:00) dan 18 Dis 2011 (10:00).[12]

TV3 menerusi rancangan KES: Kronologi. Eksklusif. Siasatan terbitannya turut memaparkan kes pembunuhan Canny.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Amree Ahmad, Megat Lutfi Megat Rahim (29 Mac 2009). Kisah misteri telah berakhir Diarkibkan 2018-06-28 di Wayback Machine Kosmo!. Diperoleh pada 28 Jun 2018.
  2. ^ The truth related about A. Najib murder Canny Ong death Diarkibkan 2018-07-08 di Wayback Machine The Coverage (21 Mei 2018). Diperoleh pada 8 Julai 2018.
  3. ^ Tetuduh beritahu mahu bakar Canny Diarkibkan 2018-07-08 di Wayback Machine Utusan Malaysia (11 Mei 2004). Diperoleh pada 8 Julai 2010.
  4. ^ Masih Ingatkah Pembunuhan Kejam Canny Ong? Diarkibkan 2012-08-28 di Wayback Machine My News Hub (8 Disember 2012). Diperoleh pada 10 Disember 2012.
  5. ^ Put to rest at last The Sun Daily. Diperoleh pada 28 Jun 2014.
  6. ^ KES - Canny Ong
  7. ^ https://www.utusan.com.my/berita/jenayah/pembunuh-canny-ong-jalani-hukuman-gantung-1.386584
  8. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-23. Dicapai pada 2018-07-23.
  9. ^ Jastin Ahmad Tarmizi (24 September 2016). Canny Ong’s killer finally executed The Star Online. Dicapai pada 26 September 2016.
  10. ^ http://www.malaysiandigest.com/news/633366-canny-ong-s-murderer-hanged-today.html
  11. ^ Ahmad Yazid dedah tragedi Canny Ong Kosmo! (14 Disember 2011). Dicapai pada 1 Januari 2012.
  12. ^ S. Indramalar (14 Disember 2011). Tragedy and truth The Star (Malaysia). Dicapai pada 1 Januari 2012.

Pautan luar sunting