Husin Yaacob atau 'Ibnu Muslim' merupakan wartawan di akhbar Utusan Melayu di Jalan Chan Sow Lin ,Kuala Lumpur. Beliau sezaman dengan wartawan Zainuddin bin Maidin dan Aziz Ishak.

Kemudian beliau menjadi kolumnis Harakah - lidah rasmi PAS.

Tahanan ISA sunting

Husin Yaacob ditahan ketika berada di pejabat Utusan Melayu di Jalan Chan Sow Lin ,Kuala Lumpur. Berita penahanannya disiarkan pada 26 Mewi 1965 oleh Utusan Melayu. Turut ditahan ialah Datuk Raja Abu Hanifah ,Pengarah Pilihan raya Pas, Dato Kampo Radjo Bendahari Agung Barisan Sosialis dan pemimpin Parti Perhimpunan Kebangsaan, Aziz Ishak. Mereka dituduh hendak menubuhkan kerajaan buangan Malaya di Pakistan.Tahanan lain ialah Presiden Pas, Dr. Burhanuddin Helmy, Ketua Parti Rakyat Malaya Ahmad Boestamam dan Pengerusi Barisan Sosialis (Pak Sako).

Zainuddin Maidin mengesyakki Hussin Yaakob sebagai perisik kerana mempunyai wang tunai AS$30,000 untuk diberikan kepada Parti Rakyat dan juga PAS bagi menghadapi Pilihan raya umum Malaysia 1964. Husin mengambil wang itu di laut , mungkin dari Indonesia.Husin Yaacob adalah salah seorang sayap kelima Indonesia di Malaysia yang berlindung di Utusan Melayu. Dia sama seperti Dr. Burhanuddin, Ahmad Boestaman dan Pak Sako yang percaya bangsa Melayu dapat diselamatkan menerusi penyatuan Indonesia-Malaya di bawah konsep Nusantara.

Akhir 1950-an, Hussin menulis tentang perjuangan Pertubuhan Pembebasan Pattani Bersatu (Pulo) dan pembunuhan ulama-ulama besar Islam di Pattani, Selatan Thai termasuk ulama tersohor Haji Sulung yang jenazahnya dicampakkan ke laut Songkhla. Tunku Abdul Rahman tidak gembira dengan penyiaran berita itu.

Penerbitan sunting

Pada 1967 beliau dibebaskan dari ISA lalu membuka penerbitan Pustaka Gunung Tahan. Beliau menerbitkan novel Ahmad Boestamam mengenai tahanan politiknya berjudul Api dan Air Mata dan Api Itu Masih Membara.[1]

Meninggal dunia sunting

Selepas mejadi tahanan ISA dia menyara hidup sebagai peniaga gerai di Pasar Chow Kit, Kuala Lumpur.Kemudian kembali menjadi penulis tetap dalam Harakah.Beliau meninggal dunia pada 14 Ogos 2004.

Rujukan sunting

  1. ^ "Perisik dalam Utusan Melayu?". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-23. Dicapai pada 2011-09-19.