Hydromedusa tectifera

Hydromedusa tectifera juga digelar sebagai Kura-kura Leher Ular Argentina,[2] atau Kura-kura Leher Ular Amerika Selatan[2] ialah kura-kura yang memiliki leher panjang seperti ular. Kura-kura ini lebih hampir dengan Mata mata (Chelus fimbriatus) berbanding Kura-kura Leher Ular Australia dari genus Chelodina.[3] Spesies ini ditemui di Argentina, Uruguay, Paraguay, dan selatan Brazil.[4] Tidak banyak yang diketahui mengenai mereka.[5]

Hydromedusa tectifera
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Reptilia
Order: Testudines
Keluarga: Chelidae
Genus: Hydromedusa
Spesies:
H. tectifera
Nama binomial
Hydromedusa tectifera
Cope, 1869
Sinonim[1]
  • Hydromedusa tectifera Cope, 1870
  • Hydromedusa platanensis Gray, 1873
  • Hydromedusa wagleri Günther, 1884
  • Hydromedusa tectifara Nutaphand, 1979 (ex errore)

Anatomi dan morfologi sunting

 
Spesimen yang ditangkap.

Kura-kura ini boleh mencecah sehingga 28cm (11 inchi) panjang. Karapasnya mempunyai jungkir, dan boleh dibezakan melalui warna hitam dan kuning di sepanjang kepala dan lehernya. Secara umum, kura-kura betina lebih besar berbanding jantan, yang memiliki ekor lebih tebal.[3][6]

Sejarah Semulajadi sunting

Kura-kura ini tinggal di kawasan tasik, sungai, dan paya yang mempunyai banyak tumbuh-tumbuhan. Mereka juga ditemui di kawasan air payau yang menganjur ke laut. Bersifat maging dan menjadikan siput, haiwan akuatik seperti serangga, ikan, dan amfibia sebagai makanan. Mereka menyerang mangsa seperti Mata mata juga iaitu dengan mencipta ruang vakum dan menyedut terus ke dalam mulut.[3] Musim mengawan kurang diketahui, manakala musim bertelurnya pula bermula pada musim bunga di tebing-tebing sungai. Telur bersaiz 34x22 mm panjang dan putih. Anak kura-kura yang baru menetas biasanya bersaiz 34 mm panjang, dan mempunyai lebih kedutan pada karapas berbanding kura-kura dewasa.[6]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Fritz Uwe; Peter Havaš (2007). "Checklist of Chelonians of the World" (PDF). Vertebrate Zoology. 57 (2): 335. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2010-12-17. Dicapai pada 29 May 2012. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  2. ^ a b Zipcodezoo.com Diarkibkan 2007-09-30 di Wayback Machine URL accessed March 24, 2007.
  3. ^ a b c Tortoise.org - Argentine Snake-necked Turtle URL accessed March 24, 2007.
  4. ^ Hydromedusa URL accessed March 28, 2007.
  5. ^ ANIMAL HOUSE SYSTEM FOR FRESHWATER TURTLE URL accessed March 29, 2007.
  6. ^ a b Turtles of the World Diarkibkan 2007-12-08 di Wayback Machine URL accessed March 28, 2007.

  Data berkenaan Hydromedusa tectifera di Wikispesies