I Don't Wanna Dream Tonight

"I Don't Wanna Dream Tonight" ialah lagu yang dirakamkan dan dipersembahkan oleh kumpulan rock Malaysia, Midnight Fusic, dikeluarkan pada 14 Ogos 2020 oleh Sony Music Malaysia.[1] Lagu ini juga dimuatkan dalam album sulung senama kumpulan ini yang dikeluarkan pada Februari 2021.[2][3]

"I Don't Wanna Dream Tonight"
Single oleh Midnight Fusic
daripada album Midnight Fusic
Dikeluarkan pada14 Ogos 2020
Format
Dirakam pada2020
GenreRock alternatif
Panjang4:54
SyarikatSony Music Malaysia
PenulisMidnight Fusic
PenerbitMidnight Fusic
Kronologi single Midnight Fusic
"Caramel Cream"
(2019)
"I Don't Wanna Dream Tonight"
(2020)
"Sandiwara"
(2020)
colspan="3" scope="col" style="text-align: center; background:
  1. B0C4DE;" | Senarai runut Midnight Fusic
"Sandiwara"
(Trek 11)
"I Don't Wanna Dream Tonight"
(Trek 12)
"I Just Wanna Go Outside"
(Trek 13)

PenerbitanSunting

Dalam satu kenyataan media, vokalis Midnight Fusic Arif Kamarudin mendedahkan lagu ini "amat dipengaruhi oleh Fleetwood Mac dan 1975". Katanya: "[Idea] lagu itu dari mimpi saya; ada seorang wanita berbaju putih dan dia tidak berkepala. Dia baik, tetapi dia kelihatan sangat menyeramkan. Imej itu terpahat dalam ingatan saya jadi saya bersama ahli kumpulan ini menghasilkan lagu mengenainya".[1]

Menurut Arif, "I Don't Wanna Dream Tonight" tidak dirancang untuk dimuatkan dalam album mereka yang akan datang, bagaimanapun, selepas perbincangan, mereka memutuskan untuk memuatkan lagu itu dalam album sulung mereka.[1]

Muzik videoSunting

Video lirik untuk "I Don't Wanna Dream Tonight" dikeluarkan di saluran YouTube rasmi Midnight Fusic pada hari pelancaran rasmi single ini.[1]

Format dan senarai runutSunting

Muat turun digital[4]
  1. "I Don't Wanna Dream Tonight" – 4:54

Sejarah keluaranSunting

Negara Tarikh Format Syarikat rakaman
Malaysia 14 Ogos 2020 Muat turun digital[4]
Penstriman digital[5]
Sony Music Entertainment Malaysia

RujukanSunting

  1. ^ a b c d A. Azim Idris (14 Ogos 2020). "Hear Midnight Fusic's new song, "I Don't Wanna Dream Tonight"" [Dengarkan lagu terbaharu Midnight Fusic, "I Don't Wanna Dream Tonight"] (dalam bahasa Inggeris). NME. Dicapai pada 23 Mac 2021.
  2. ^ Daniel Peters (27 Januari 2021). "Midnight Fusic to release self-titled debut album in February" [Midnight Fusic bakal melancarkan album sulung senama pada Februari] (dalam bahasa Inggeris). NME. Dicapai pada 29 Januari 2021.
  3. ^ Aina Izzah (15 Februari 2021). "Midnight Fusic: Malaysian indie rockers makes their polished, long awaited debut" [Midnight Fusic: Rocker indie Malaysia muncul dengan album sulung yang dinantikan] (dalam bahasa Inggeris). NME. Dicapai pada 14 Mac 2021.
  4. ^ a b "I Don't Wanna Dream Tonight by Midnight Fusic on Apple Music" (dalam bahasa Inggeris). iTunes (MY). Dicapai pada 13 Disember 2020.
  5. ^ "I Don't Wanna Dream Tonight, single by Midnight Fusic" (dalam bahasa Inggeris). Spotify. Dicapai pada 13 Disember 2020.