Ibn al-Nafis al-Dimashqi
Tokoh Ala-al-din Abu al-Hassan Ali ibn Abi-Hazm al-Qarshi al-Dimashqi (bahasa Arab: علاء الدين أبو الحسن عليّ بن أبي حزم القرشي الدمشقي ) juga dikenali sebagai Ibn al-Nafis (bahasa Arab: ابن النفيس ), ataupun Ibn al-Nafis al-Dimashqi (B. Arab:ابن النفيس الدمشقي ), merupakan salah seorang pakar sains Islam yang hidup antara tahun 1213 - 1288 M. Dia merupakan orang pertama yang menggambarkan peredaran darah dalam tubuh manusia (pada 1242) dengan tepat. Lukisan kontemporari proses ini masih lagi wujud. Khususnya, dia merupakan orang pertama yang diketahui telah mendokumentasikan aliran paru-paru. Namun karyanya tidak ditemui sehinggalah pada 1924 di Berlin.
Cendekiawan Islam Zaman Pertengahan | |
---|---|
Nama: | Ala-al-din Abu al-Hassan Ali ibn Abi-Hazm al-Qarshi al-Dimashqi |
Gelaran: | Ibn al-Nafis |
Lahir: | 1213 M, Damsyik |
Wafat: | Disember 1288 M, Kaherah |
Etnik: | Arab |
Rantau: | Syria dan Mesir |
Bidang: | Perubatan, Anatomi |
Pengaruh: | Abu Hayyan al-Gharnati |
Diilhami: | Hippocrates, Galen, Hunayn ibn Ishaq, Ibnu Sina |
Beliau dilahirkan pada tahun 1213 M di Damsyik, dan menghadiri hospital-univerisiti (Bimaristan Al-Noori) di Damsyik. Selain daripada perubatan, Ibn al-Nafis memperlajari ilmu jurispruden, kesusasteraan dan teologi. Beliau menjadi pakar fiqah mazhab Shafii dan seorang ahli perubatan.[1]
Al-Nafis berpindah ke Mesir dalam tahun 1236 dan bertugas di Hospital Al-Nassri, dan kemudiannya di Hospital Al-Mansouri di mana beliau menjadi ketua pakar perubatan dan doktor peribadi Sultan. Beliau meninggal dunia pada tahun 1288 dan mewaqafkan rumah, perpustakaan dan kliniknya kepada hospital Mansuriyya.
Penulisan
suntingKitab terbesar Ibn al-Nafis ialah yang berjudul Al-Shamil fi al-Tibb, yang dirancangkan sebagai satu ensiklopedia yang memuatkan 300 jilid tetapi tidak dapat diselesaikan oleh sebab kematian beliau. Manuskrip terdapat di Damsyik.
Bukunya tentang oftalmologi merupakan sumbangan kerja asal. Bukunya yang paling termasyhur ialah Ringkasan Undang-undang (Mujaz al-Qanun). Sebuah buku yang masyhur, yang memerikan sumbangan aslinya ialah buku berkaitan kesan pemakanan terhadap kesihatan, berjudul Kitab al-Mukhtar fi al-Aghdhiya.
Karyanya Al-Risalah al-Kamiliyyah fil Siera al-Nabawiyyah, yang diterjemahkan di Barat di bawah judul Theologus Autodidactus, dianggap sebagai karya yang pertama yang menjadi novel teologi dan juga novel yang pertama berbentuk cereka sains.
Penemuan sistem peredaran darah paru-paru
suntingPada tahun 1924, seorang ahli perubatan Mesir, Muhyo Al-Deen Altawi, seorang pengkaji sejarah perubatan Arab di Universiti Albert Ludwig, menemui sebuah manuskrip berjudul "Ulasan berkaitan Anatomi dalam Qanun Ibnu Sina" di dalam Perputakaan Negeri Prussia di Berlin. Skrip ini merangkumi kajian terperinci tentang anatomi, patologi dan fisiologi, dan skrip ini merupakan pemerian terawal tentang sistem peredaran darah paru-paru (pulmonari).[2]
Sebelum kemunculan al-Nafis, teori berkaitan sistem peredaran darah ialah teori Galen yang dirumuskan pada abad kedua Masihi. Galen telah mengutarakan teori bahawa darah yang sampai ke bahagian kanan jantung mengalir melalui liang-liang halus yang tidak dapat dilihat yang terdapat pada septum jantung, ke bahagian kiri jantung, di mana ia bercampur dengan udara untuk mencipta semangat yang kemudiannya disalurkan ke seluruh tubuh. Mengikut Galen, sistem vena berbeza daripada sistem arteri, melainkan apabila mereka bertemu melalui liang halus.
Berlandaskan pengetahuan anatominya, al-Nafis menyatakan:
"darah dari ruang kanan mesti sampai di ruang kiri tetapi tidak ada laluan langsung di antara kedua-duanya. Septum tebal di antara ruang-ruang tersebut tidak ditembusi dan tidak ada liang yang boleh dilihat seperti difikirkan beberpa pihak atau liang yang tidak boleh dilihat seperti difikirkan Galen. Darah dari ruang kanan mesti mengalir melalui vena arteriosa (arteri pulmonari) kepada paru-paru, merata ke dalam isinya, bercampur dengan udara, bergerak melalui arteria venosa (vena pulmonari) untuk sampai di ruang kiri jantung dan di sana mencipta semangat..."[3][4]
Di tempat lain beliau berkata:
"Jantung memiliki hanya dua ventrikel ... dan di antara kedua-duanya tidak terdapat apa jua lubang. Juga, diseksi mendedahkan kepalsuan apa yang dikatakan mereka, kerana septum di antara kedua-dua ventrikel lebih tebal di bahagian ini berbanding bahagian lain. Kemanfaatan darah ini (yakni yang terdapat di dalam ruang kanan), ialah untuk bergerak ke paru-paru, bercampur dengan udara yang terdapat di dalam paru-paru, kemudian bergerak melalui arteria venosa ke bahagian kiri ruang-ruang jantung dan daripada campuran itulah tercipta nyawa.
Al-Nafis memerikan anatomi paru-paru seperti berikut:
"paru-paru terdiri daripada bahagian-bahagiannya, satu daripadanya ialah bronkus; kedua cabang-cabang arteria venosa; dan ketiga cabang-cabang vena arteriosa, kesemuanya dihubungi oleh daging longgar berliang."
Beliau menambah:
"paru-paru memerlukan vena arteriosa untuk menyalurkan kepadanya darah yang telah dinipis dan dipanaskan di dalam jantung, supaya apa yang menyerap melalui liang cabang-cabang pembuluh ini ke dalam alveoli paru-paru dapat bercampur dengan udara di situ. Gabungan ini bercampur di dalam ruang kiri jantung dan menjadi semangat. Campuran ini disalurkan ke ruang kiri oleh arteria venosa."[5]
Al-Nafis juga mempostulatkan bahawa gizi yang diperlukan oleh jantung diperoleh daripada arteri koronari:
"sekali lagi kenyataannya [Ibnu Sina] bahawa darah yang terdapat pada sebelah kanan jantung ialah untuk memebrikan khasiat kepada jantung tidak benar, oleh sebab gizi untuk jantung datnag daripada darah yang mengalir melalui pembuluh yang menembusi daging jantung."
Rujukan
sunting- ^ A FORGOTTEN CHAPTER IN THE HISTORY OF THE CIRCULATION OF THE BLOOD - Nih.gov
- ^ A FORGOTTEN CHAPTER IN THE HISTORY OF THE CIRCULATION OF THE BLOOD Pg3 - Nih.gov
- ^ The Pursuit of Learning in the Islamic World, 610-2003 By Hunt Janin, Pg99
- ^ Saints and saviours of Islam, By Hamid Naseem Rafiabadi, Pg295
- ^ A FORGOTTEN CHAPTER IN THE HISTORY OF THE CIRCULATION OF THE BLOOD, Pg5 - Nih.gov
- Bayon, H. P. (1941). Significance of the demonstration of the Harveyan circulation by experimental tests. Isis 33, 443-453
Bacaan lanjut
sunting- Iskandar, Albert Z. (1974). "Dictionary of Scientific Biography". 9: 602–606. Cite journal requires
|journal=
(bantuan);|contribution=
ignored (bantuan)CS1 maint: postscript (link)
Pautan luar
sunting- Iskandar, Albert Z. (2008) [1970-80]. "Ibn Al-Nafīs, 'Alā' Al-Dīn Abu 'L-Ḥasan 'Alī Ibn Abi 'L-Ḥazm Al-Qurashī (or Al-Qarashī)". Complete Dictionary of Scientific Biography. Encyclopedia.com.
Wikisumber bahasa Arab mempunyai teks asal berkaitan rencana ini: |