Iceni merupakan satu puak pagan di Norfolk sekitar Abad 1 BCE sehingga Abad 1 CE.

Jajahan Iceni terletak di sekitar perbatasan Norfolk moden. Iceni dicatatkan dalam Annal Tacitus yang ditulis pada 118 CE tetapi mengisahkan kejadian pada 47 CE. Tacitus merakamkan bagaimana pada 47 CE Iceni memberontak melawan penjajahan Rom dan sekali lagi pada 60 CE. Kejadian yang menyebabkan pemberontakan Ratu Boudicca dan Iceni adalah seperti berikut:-

Pemerintah puak Iceni, Prasutagus cuba mewariskan separuh daripada kerajaannya kepada keluarganya, dan bukannya kepada Maharaja Rom Claudius. Setelah kematian Prasutagus, Procurator Catus Decianus bagaimanapun merampas kesemua tanahnya dan melakukan kekejaman ke atas keluarga Prasutagus. Ratu Boudicca (sebutan Boo-dikka), isteri kepada Prasutagus, kemudiannya mengetuai pemberontak besar-besaran melawan penjajahan Rom, dan merompak Colchester, London dan Verulamium sebelum akhirnya dikalahkan dan terbunuh di tempat tidak diketahui sekitar Midlands Timur.

Selepas kekalahan Iceni, Rom menukarkan jajahan puak Iceni kepada Civitas atau subdivision pentadbiran. Ravenna Cosmography, Ptolemy’s Geography dan Antonine Itinenary keduanya merakamkan bahawa pentadbiran Rom bagi Norfolk dinamakan Venta Icenorum penempatan sebatu atau dua batu dari Henge Zaman Gangsa di Arminghall, berhampiran kampung Caister Saint Edmunds, sekitar 5 batu selatan Norwich kini.

Bukti arkhaeologi mengenai Iceni termasuk torc - rantai berat yang diperbuat daripada emas, perak atau suasa yang dipakai sekeliling leher dan bahu. Daripada tiga jenis syiling Iceni yang dijumpai setakat ini, jenis babi-obverse paling banyak berhampiran Norwich. Simbol kuda pada duit syiling tersebut membayangkan kepentingan haiwan ini kepada puak Iceni.

Sir Thomas Browne merupakan penulis arkhaeologi British pertama, mencatatkan pada (1658) di Hydriotaphia, Urn Burial tentang penjajahan Rom, Boudicca dan syiling Iceni -

Bahawa Britain jelas mempunyai ramai penduduk tidak dinafikan, dari gambaran Caesar (Perang Gallic). Bahawa Rom sendiri pada awalnya masuk dalam jumlah yang besar, Tujuh Puluh dengan sekutunya dihapuskan oleh Bouadicea, merupakan bukti jelas....Dan tidak sedikit barangan perak berhampiran Norwich; dengan kepala kasar pada obverse, bentuk kasar kuda pada muka sebelah, dengan ukiran Ic. Duro.T. samada membayangkan Iceni, Dutotriges, Tascia, atau Trinobantes, kita biarkan untuk mereka yang lebih arif "higher conjecture"... British Coyns membuktikan pendudukan awal pada kawasan ini sepanjang Bandar Norwich yang dibangunkan di atas runtuhan Venta, dan walaupun tidak setanding dengan pendudukan sebelumnya, diperbesarkan, dibangunkan, dan dipenuhi oleh Saxons.
That Britain was notably populous is undeniable, from that expression of Caesar (Gallic War). That the Romans themselves were early in no small Numbers, Seventy Thousand with their associates slain by Bouadicea, affords a sure account....And no small number of silver peeces near Norwich; with a rude head upon the obverse, an an ill-formed horse on the reverse, with the Inscriptions Ic. Duro.T. whether implying Iceni, Dutotriges, Tascia, or Trinobantes, we leave to higher conjecture...The British Coyns afford conjecture of early habitation in these parts, though the City of Norwich arose from the ruines of Venta, and though perhaps not without some habitation before, was enlarged, builded, and nominated by the Saxons.


Patung besar Boudicca bersebelahan Pengkalan Westminster "Westminster Pier"

Jalan Icknield "Icknield Way", laluan silam menyambungkan Anglia Timur kepada Chilterns dinamakan sempena puak Iceni.

  • Sumber
  • Tom Williamson -The Origins of Norfolk . Manchester University Press pub. 1993