Imam Besar Al-Azhar
Imam Besar Al-Azhar (Arab: الإمام الأكبر ), atau dikenali guna sebagai Syeikh al-Azhar (Arab: شيخ الأزهر الشريف ), kini disandang oleh Ahmad al-Tayib, ialah gelaran rasmi terkemuka dan unggul di Mesir.[1] Beliau dianggap oleh sebahagian Muslim sebagai pihak paling berkuasa dalam Islam dari akidah dan fiqah (perundangan Islam) aliran ahli Sunah Waljamaah[2] dan memegang pengaruh besar dalam kalangan pengikut Sunni aliran Asyairah dan Maturidi seluruh dunia. Imam Besar mengetuai Masjid al-Azhar, dan bersambung dengan Universiti al-Azhar, dan bertanggungjawab dalam urusan rasmi agama bersama-sama Mufti Besar Mesir.
Sejarah gelaran
suntingGelaran Imam Besar al-Azhar secara rasmi ditubuhkan pada 1961. Pada abad ke=14, ketua bagi institusi Al-Azhar diberikan gelaran Musyrif al-Azhar, kemudiannya menjadi Nazir Al-Azhar[3] dan, semasa pemerintahan Empayar Uthmaniyah, digelar Syeikh al-Azhar. Kini, pemegang gelaran ini juga sering dipanggil sebagai Syeikh al-Azhar.
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ Beattie 2000, halaman 225
- ^ Bennett 2005, halaman 220
- ^ Dodge 1961, halaman 83
Bacaan lanjut
sunting- Dodge, Bayard (1961), Al-Azhar: A Millennium of Muslim learning, Middle East Institute
- Beattie, Kirk J. (2000), Egypt during the Sadat years, Palgrave Macmillan, ISBN 978-0-312-23246-7
- Bennett, Clinton (2005), Muslims and modernity: an introduction to the issues and debates, Continuum International Publishing Group, ISBN 978-0-8264-5481-2