Inskripsi Tanjore merujuk kepada inskripsi purba yang ditulis pada 5 keping plat tembaga yang terdapat di kuil Parijatavanesvara di Tirukkalar, dalam daerah Tanjore (Thanjavur), India Selatan. Inskripsi ini merupakan peninggalan dari Raja-Raja yang berbeza dari Wangsa Chola.

Dua inskripsi di Tanjore yang terkenal adalah yang dihasilkan pada zaman Rajaraja I (985 - 1014) dan zaman Rajendra Chola I (1012 - 1044). Inkripsi Rajaraja I mengisahkan kejayaan Rajaraja I menubuhkan Empayar Chola yang terbentang dari Sri Lanka di selatan, sehingga ke Kalinga (Orissa) di timur laut. Inskripsi ini juga menerangkan tentang peperangan yang dilancarkan oleh Rajaraja I ke atas Wangsa Chalukya di utara dan Wangsa Pandya di selatan.[1]

Inskripsi Rajendra I pula menceritakan tentang peristiwa Rajendra menaiki takhta Chola pada tahun 1012, serta beberapa kempen penaklukan yang dilancarkannya ke atas beberapa kerajaan termasuk Srivijaya di Nusantara, di mana Maharaja Srivijaya Sri Sangrama Vijayatunggavarman ditawan di ibu kotanya di Kadaram.[2]

RujukanSunting

  1. ^ Mauli Mani, Chandra, (2009). A Journey through India's past: great Hindu kings after Harshavardhana. Northern Book Centre. halaman p.51-52. 9788172112561.Selenggaraan CS1: tanda baca ekstra (link) Selenggaraan CS1: teks ekstra (link)
  2. ^ Sastri, K.A.N., (1949). History of Sri Vijaya. University of Madras.Selenggaraan CS1: tanda baca ekstra (link)