Muhammad Latiff bin Ismail (Tulisan Jawi: محمد لطيفف بن اسماعيل lebih dikenali sebagai Isma Aliff, lahir 24 Julai 1964) merupakan seorang pelakon, penyanyi, pengacara, penghibur dan pelawak Malaysia. Beliau memulakan kerjaya dalam bidang seni pada tahun 1986 yang popular menurusi rangkaian RTM.

Isma Aliff
Kelahiran
Muhammad Latiff bin Ismail

(1964-07-24) 24 Julai 1964 (umur 60)
WarganegaraMalaysia
PekerjaanPelakon, penyanyi, pengacara, penghibur, pelawak
Tahun aktif1986–kini
PasanganNorha Binti Rafie
Anak-anak2

Kehidupan peribadi

sunting

Isma dilahirkan pada 24 Julai 1964, di Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan. Beliau berkahwin dengan Norha Binti Rafie sekitar tahun 1986 dan mempunyai dua orang anak yaitu Norismalina dan Muhammad Aliff.

Kerjaya

sunting

Isma Aliff terkenal bersama Mr. Os di lewat 80an. Filem yang dibintangi kedua pelakon tersebut seperti Kembar Siam (1989) mengangkat Isma menjadi duo bersama Os di rancangan RTM. Isma juga turut membentuk kumpulan bersama Mr. Os di tahun 2013 dalam program Maharaja Lawak Mega 2013. Sebelum itu, Isma merupakan juri tetap kepada Raja Lawak 7 [1]

Isma juga mebintangi filem-filem seperti Marah-Marah Sayang, Jaket Biru, Sayang Ibu. Di drama, Isma bintangi Romeo yang diarahkan oleh Aziz M. Osman di tahun 2000.

Selain berlakon dan berlawak, belaiu juga mempunyai empat buah album sendiri di tahun puncaknya. Eksyen Saja, Dengar Tau, Kembara Duka dan Macam-Macam Ada.[2]

Filemografi

sunting
Tahun Tajuk Watak Catatan
1987 Mawar Merah Isma Filem pertama
Marah-Marah Sayang Rostam
1989 Kembar Siam
2007 Budak Lapok Osman (suara)

Telefilem

sunting
Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2003 Pelakon Popular Jefri VCD

Televisyen

sunting
Tahun Tajuk Sebagai Saluran TV
2013 Raja Lawak Astro (Musim 7) Juri Tetap Astro Warna
2024 Bersamamu Artis Jemputan TV3

Peserta

sunting
Tahun Tajuk Kumpulan
2013 Maharaja Lawak Mega 2013 Osama

Rujukan

sunting

Pautan luar

sunting