Istana Kinta terletak di Jalan Sultan Nazrin Shah, Ipoh, Perak, Malaysia. Istana ini merupakan Istana tidak rasmi baginda Sultan Perak namun kerap diduduki oleh baginda apabila mempunyai urusan rasmi di Ipoh. Istana rasmi Sultan Perak terletak di Bandar Diraja Kuala Kangsar, Perak.