Istana Raja Muda Lama

Istana Raja Muda Lama ini terletak di Jalan Syed Abu Bakar di Teluk Intan, Perak.Istana ini dibina sekitar tahun 1922. Istana ini merupakan Istana Rasmi Raja Muda Perak. Raja Muda yang pertama bersemayam di sini ialah Almarhum Raja Muda Abdul Aziz yang kemudianya menjadi Sultan Abdul Aziz, Sultan Perak yang ke-31.

Istana ini akhir sekali diduduki oleh Almarhum Raja Muda Ahmad Siffuddin. Pada tahun 1988, DYTM Raja Muda Raja Dr. Nazrin Shah telah berpindah ke Istana Tetamu di Ipoh. Istana ini ditinggalkan dan tidak lagi dijaga namun masih kekal di kawasan asal.