Itō Hirobumi

Perdana Menteri pertama Jepun

Putera Itō Hirobumi (Jepun: 伊藤 博文, Hepburn: Itō Hirobumi, 16 Oktober 184126 Oktober 1909, juga dikenali sebagai Hirofumi/Hakubun dan Shunsuke sewaktu muda) ialah seorang bangsawan Jepun, Residen-Jeneral Korea, Perdana Menteri Jepun empat kali (yang pertama, ke-5, ke-7 dan ke-10) dan genrō. Itō dibunuh oleh An Jung-geun, seorang aktivis Korea yang menentang Pengilhakan Korea oleh Empayar Jepun. Yang ironiknya, kematian Itō menyebabkan peringkat terakhir proses penjajahan ini dicepatkan.

Putera Itō Hirobumi
Perdana Menteri Jepun
Perdana Menteri Jepun pertama
Dalam jawatan
22 Disember 1885 – 30 April 1888
Didahului olehnone
Digantikan olehKuroda Kiyotaka
Perdana Menteri Jepun ke-5
Dalam jawatan
8 Ogos 1892 – 31 Ogos 1896
Didahului olehMatsukata Masayoshi
Digantikan olehMatsukata Masayoshi
Perdana Menteri Jepun ke-7
Dalam jawatan
12 Januari 1898 – 30 Jun 1898
Didahului olehMatsukata Masayoshi
Digantikan olehOkuma Shigenobu
Perdana Menteri Jepun ke-10
Dalam jawatan
19 Oktober 1900 – 10 Mei 1901
Didahului olehYamagata Aritomo
Digantikan olehKatsura Taro
Butiran peribadi
Lahir(1841-10-16)16 Oktober 1841
Wilayah Yamaguchi, Jepun
Meninggal dunia26 Oktober 1909(1909-10-26) (umur 68)
Parti politikRikken Seiyukai
Tinggi300px
PasanganUme Itō
Tandatangan
Nama Jepun
Kanji伊藤 博文
Hiraganaいとう ひろぶみ

Suematsu Kencho ialah menantu kepada Itō yang berkahwin dengan anak perempuan kedua beliau, iaitu Ikuko.

Kehidupan awal sunting

Itō dilahrikan sebagai anak angkat Hayashi Juzo, seorang samurai darjat bawahan dari Hagi, [kawasan Chōshū (kini wilayah Yamaguchi). Beliau dididik oleh Yoshida Shoin di Shoka Sonjuku dan kemudiannya menyertai gerakan Sonno joi (“untuk menghoramti Maharaja dan mengusir orang gasar”), bersama Kido Takayoshi. Itō dipilih untuk menjadi salah seorang ahli Lima Wira Chōshū yang menuntut di Kolej Universiti London pada tahun 1863, maka pengalaman di Great Britain meyakinkan beliau bahawa Jepun perlu mengamalkan cara-cara Barat.

Pada tahun 1864, Itō kembali di Jepun dengan rakan sekampus Inoue Kaoru untuk cuba mengingatkan puak Chōshū agar tidak berperang menentang kuasa-kuasa asing (the Serangan Shimonoseki) untuk merebut hak melalui Selat-selat Shimonoseki. pada masa itu, beliau pertama kali bertemu dengan Ernest Satow yang kemudian menjadi kawan akrab beliau sepanjang hayat.

Kerjaya politik sunting

Selepas Pemulihan Meiji, Itō dilantik sebagai gabenor Wilayah Hyōgo, ahli rendah majlis Hal-Ehwal Luar Negara, dan dihantar ke Amerika Syarikat pada tahun 1870 untuk mengkaji sistem matawang Barat. Sekembalinya ke Jepun pada tahun 1871, beliau mendirikan sistem cukai Jepun. Kemudian pada tahun yang sama, beliau dihantar ke Misi Iwakura seluruh dunia sebagai as naib wakil khas, di mana beliau meraih keyakinan Okubo Toshimichi.

Pada tahun 1873, Itō dijadikan ahli majlis penuh, Menteri Kerja Raya, dan pada tahun 1875 menjadi pengerusi Dewan Gabenor Wilayah pertama. Setelah pembunuhan Okubo, beliau mengambil alih jawatan Menteri Dalam Negeri dan memastikan jawatan penting dalam Kerajaan Meiji. Pada tahun 1881 beliau menggesa Okuma Shigenobu agar meletak jawatan, lalu memberi beliau kuasa yang tidak tercabar.

Pada tahun 1882, Itō pergi ke Eropah untuk emngkaji perlembagaan negara-negara benua itu, menghabiskan masa 18 bulan di luar Jepun. Sewaktu mengerjakan perlembagaan untuk Jepun, beliau juga mengarang Undang-undang Kerabat Diraja yang pertama serta menubuhkan sistem golongan bangsawan Jepun (kazoku) pada tahun 1884.

Pada tahun 1885, beliau merundingkan Konvensyen Tianjin dengan Li Hongzhang, lalu menormalkan hubungan diplomatik Jepun dengan China Dinasti Qing.

Sebagai Perdana Menteri sunting

Pada tahun 1885, Itō mendirikan sistem jemaah menteri berasaskan konsep Eropah, menggantikan Daijō-kan sebagai pertubuhan pembuat keputusan negeri, dan pada 22 Disember 1885, beliau menjadi Perdana Menteri Jepun yang pertama.

Pada 30 April 1888, Itō meletak jawatan sebagai Perdana Menteri, tetapi mengetuai Majlis Rahsia untuk mengekalkan kuasa beliau di sebalik tabir. Pada tahun 1889, beliau menjadi genro yang pertama. Perlembagaan Meiji diisytiharkan pada Februari 1889.

Beliau kekal sebagai soerang tokoh yang berkuasa apabila Kuroda Kiyotaka dan Yamagata Aritomo, iaitu lawan ketat beliau dalam politik, menjadi Perdana Menteri.


Ketika penggal kedua Itō sebagai Perdana Menteri (8 Ogos 189231 Ogos 1896), beliau menyokong Perang China-Jepun Pertama dan merundingkan Perjanjian Shimonoseki pada bulan Mac 1895 bersama menteri luar beliau Mutsu Munemitsu yang uzur. Dalam Perjanjian Perdagangan dan Pelayaran Inggeris-Jepun pada tahun 1894, beliau berjaya menanggalkan beberapa klausa perjanjian tidak sama yang membebankan hubungan luar Jepunsejak bermulanya zaman Meiji.

Ketika penggal ketiga Itō sebagai Perdana Menteri (12 Januari 189830 Jun 1899), beliau menghadapi masalah dengan politik parti. Kedua-dua Jiyuto dan Shimpoto menentang cukai tanah baru yang dicadangkan beliau. Itō membalas dengan membubarkan Diet dan mengadakan pilihanraya baru. Kesannya, kedua-dua parti bergabung menjadi Kenseito, memenangi majoriti kerusi, dan memaksa Itō untuk meletak jawatan. Itō mengambil iktibar ini sebagai perlunya satu parti politik pro-kerajaan, maka beliau mewujudkan Rikken Seiyukai pada tahun 1900. Sikap berfoya-foya Itō menjadi tema yang popular dalam kartun akhbar dan juga dalam parodi-parodi oleh pelakon komedi masa kini, dan diambil kesempatan oleh lawan-lawan politik untuk berkempen menentang beliau.

Itō kembali menyandang jawatan Perdana Menteri untuk penggal keempat mulai 19 Oktober 1900 hingga 10 Mei 1901, kali ini beliau menghadapi tntangan dari Dewan Bangsawan. Beliau serik dengan tikaman dari belakang dalam politik dan meletak jawatan pada tahun 1901, tetapi kekal sebagai ketua Majlis Rahsia ketika Saionji Kimmochi dan Katsura Taro saling bertukar jawatan Perdana Menteri. Itō menerima kedoktoran kehormat dari Universiti Yale pada masa ini.

Sebagai Residen-Jeneral Korea sunting

Pada November 1905, berikutan Perang Rusia-Jepun, kerajaan Korea menandatangani Perjanjian Eulsa yang menjadikan Korea sebuah naungan Jepun. Itō menjadi Residen-Jeneral Korea yang pertama pada 21 Disember 1905. Beliau menggesa Raja Gojong Korea untuk turun takhta pada tahun 1907 untuk memberi laluan kepada anakanda baginda Raja Sunjong meluluskan Perjanjian Pengilhakan Jepun-Korea 1907 yang memberi Jepun kuasa terhadap hal-ehwal dalaman Korea. Meskipun dedikasi beliau kepada pengilhakan ini; lawan politik beliau iaitu Tentera Jepun Diraja pimpinan Yamagata Aritomo - yang begitu berpengaruh dalam politik setempat - menyalahkan beliau kerana melengahkan penjajahan Korea. Itō terpaksa meletak jawatan atas sebab ini pada 14 Jun 1909.

Pembunuhan sunting

Itō tiba di stesen keretapi Harbin pada 26 Oktober 1909 untuk bertemu dengan seorang wakil Rusia di Manchuria. Sewaktu tiba dan bergegas untuk menemui wakil Rusia itu, An Jung-geun, seorang aktivis kemerdekaan Korea, menembak tujuh das ke arah beliau. Tiga daripada tujuh das tembakan itu terkena Itō di dada maka nyawa beliau terus melayang.

Pusaka sunting

Potret Itō Hirobumi pernah dicetak pada wang kertas 1,000 yen Jepun sejak 1963 sehingga siri baru dikeluarkan pada tahun 1984. Bekas kediaman beliau dipelihara sebagai sebuah muzium berdekatan Shoin Jinja, di bandaraya Hagi, wilayah Yamaguchi. Namun begitu, binaan asalnya merupakan rumah kedua Itō yang dahulunya terletak di Shinagawa, Tokyo.

Pautan luar sunting


Didahului oleh
jawatan didirikan
Perdana Menteri Jepun pertama Diikuti oleh:
Kuroda Kiyotaka
Didahului oleh
Matsukata Masayoshi
Perdana Menteri Jepun ke-5 Diikuti oleh:
Matsukata Masayoshi
Didahului oleh
Matsukata Masayoshi
Perdana Menteri Jepun ke-7 Diikuti oleh:
Okuma Shigenobu
Didahului oleh
Yamagata Aritomo
Perdana Menteri Jepun ke-10 Diikuti oleh:
Katsura Tarō