Buka menu utama
Rencana ini ialah mengenai jabatan parlimen. Untuk badan perundangan, sila lihat Parlimen Malaysia. Untuk bangunan parlimen, sila lihat Bangunan Parlimen Malaysia.

Parlimen Malaysia terdiri daripada tiga komponen:-

  1. Yang di-Pertuan Agong
  2. Dewan Negara
  3. Dewan Rakyat
Pentadbiran Parlimen
ڤينتادبيران ڤرليمين
Coat of arms of Malaysia.svg
Kerajaan Malaysia
Gambaran keseluruhan
Dibentuk11 September 1959; 60 tahun yang lalu (1959-09-11)
JenisKerajaan
Ibu pejabatBangunan Parlimen Malaysia, 50680 Kuala Lumpur
Kakitangan353 (2018)
Belanjawan tahunanMYR 125,172,700 (2018)
Eksekutif Kerajaan
  • Awang Alik Jeman, Ketua Pentadbir
Tapak webwww.parlimen.gov.my

Sejarah Bangunan ParlimenSunting

Pada bulan Disember 1959, suatu kawasan berhampiran Taman Bunga Kuala Lumpur telah dipilih sebagai tapak untuk membina Kompleks Bangunan Parlimen, bangunan yang menjadi simbol kepada dasar-dasar demokrasi yang diamalkan. Dasar-dasar ini pula merupakan hak dan tanggungjawab rakyat memerintah negara mereka sendiri, kebebasan setiap rakyat menyatakan pendapatnya, kebebasan menganut agamanya, keadilan hak yang sama di sisi undang-undang dan hal memiliki harta benda.

Maka pada September 1962 sebuah bukit pada paras 61 meter dari aras laut telah diratakan untuk pembinaan bangunan penuh gemilang ini. Kompleks yang menelan belanja RM18 juta ini adalah hasil ilham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia Pertama.

Perletakan batu asas telah dilakukan oleh Duli Yang Teramat Mulia Sri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Persekutuan Tanah Melayu Yang Ketiga, Tuanku Syed Putra Al-Haj Ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullail D.S.M, S.M.N. DK (Brunei) pada 31 Ogos 1962 bersamaan 1 Rabiul Akhir 1382 seterusnya menandakan kerja-kerja pembinaan telah dimulakan. Pada 21 November 1963 Baginda sekali lagi diberi penghormatan untuk merasmikan pembukaan bangunan ini.

Kompleks ini terdiri daripada dua bahagian terbesar iaitu :-

a. Bangunan Ibu (3 tingkat)
b. Menara (17 Tingkat)

Pautan luarSunting