Ustaz Jaiz Anwar (lahir 1941 di Kampung Sungai Sumun, Bagan Datoh) pernah menjadi Ketua Dewan Pemuda PAS selepas Ustaz Abu Bakar Hamzah. Jaiz Anwar menyambung pelajar di London dan menjadi menantu Pengerusi PAS, Dato Asri Haji Muda.

Pendidikan sunting

Jaiz Anwar belajar di Sekolah Melayu Bagan Pasir dan Madrasah al-Ulum as-Syar'iyyah, Batu 20, Bagan Datoh, Perak (1948-1950). Ketika itu, Dato' Hassan Adli Mohd Arshad menjadi guru besar madrasah tersebut.Hassan Adli adalah bekas Timbalan Yang Dipertua Agung PAS dan Setiausaha PAS Hilir Perak dewasa itu.

Seterusnya sambung belajar di Maktab Mahmud, Kedah (1955-1960). Beliau berkenalan dengan Ustaz Johari Ahmad (bekas Pegawai Hal Ehwal Khas Jabatan Penerangan) dan Ustaz Fadzil Mohd Nor- Setiausaha Persatuan Pelajar Melayu Alor Setar dan Setiausaha Kesatuan Pelajar Agama Kedah (KPAK).

Pada 1960-1964, Ustaz Jaiz Anwar belajar di Universiti al-Azhar, Mesir dan mendapat ijazah bidang syariah (BA).Sekembali dari Mesir, beliau mengendalikan Bulan Bintang lidah rasmi PAS bagi menjelaskan konsep negara Islam. Dalam Mesyuarat Agung Tahunan PAS ke-17 dan 18 di Kangar pada 1968, Ustaz Jaiz telah dipilih sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat menggantikan Ustaz Abu Bakar Hamzah yang diserang sakit jantung.Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat terpilih sebagai Ketua Dewan Ulama PAS Pusat.

Pada 26 September 1970, Ustaz Jaiz berundur dari Ketua Pemuda PAS merangkap Pegawai Penerangan Luar PAS sambung belajar PhD jurusan undang-undang di United Kingdom. Ustaz kekal di London sehingga meninggal dunia pada 17 Mac 2009 di Hospital UCL, London pada usia 68 tahun. Pengajian PhD sekerat jalan kerana menceburi bidang perniagaan.[1]

Rujukan sunting