Jamal Mirdad (lahir 7 Mei 1960; umur 63 tahun) ialah seorang pelakon, penyanyi dan ahli politik Indonesia. Beliau merupakan salah satu pelakon yang memenangi Piala Citra kategori pelakon utama lelaki terbaik bersama Lydia Kandou bagi kategori wanita pada 1992 bagi filem Ramadhan dan Ramona.

Jamal Mirdad
Anggota Dewan Perwakilan Rakyat
Dalam jawatan
1 Oktober 2009 – 30 September 2019
Undian34,674 (2009)[1]
39.760 (2014)[2]
Kawasan pilihan rayaJawa Tengah I
Butiran peribadi
LahirJamal Mirdad
(1960-05-07) 7 Mei 1960 (umur 63)
Kudus, Jawa Tengah, Indonesia
KerakyatanIndonesia
Parti politikPartai Gerakan Indonesia Raya (sejak 2009)
PasanganLydia Kandou (k. 1984; c. 2013)
Anak-anak4, termasuk Nana Mirdad, Kenang Mirdad dan Naysila Mirdad
SaudaraAndrew White (menantu)
Pekerjaan
Kerjaya muzik
Genre
InstrumenVokal
Syarikat rakaman
Musica Studios
Pengkarya berkait

Kerjaya sunting

Beliau pernah menerima penghargaan sebagai pelakon utama lelaki terbaik Festival Film Indonesia pada 1992 dalam filem Ramadan dan Ramona. Bakat nyaniannya pula disedari pencipta lagu A. Riyanto ketika Jamal mengabdi kepada keluarga itu pada 80-an. Dalam awal kerjayanya, beliau lebih banyak menyanyikan lagu-lagu ciptaan A. Riyanto. Dalam bidang politik, beliau pernah menjadi anggota Dewan Perwakilan Rakyat bagi pihak Partai Gerakan Indonesia Raya dalam daerah Jawa Tengah I dari 2014 hingga 2019.[3]

Kehidupan peribadi sunting

Jamal Mirdad dipertemukan dengan isterinya, Lydia Kandou, saat berlakon dalam filem Ramadan dan Ramona. Walau bagaimanapun, perkahwinannya dengan Lydia tidak mendapatkan restu dari orang tua Lydia kerana berbeza agama. Anak-anaknya sekarang mengikuti jejak ayah-ibunya sebagai pelakon, termasuk Nana Mirdad dan Naysila Mirdad. Setelah berkahwin selama 26 tahun, pada 8 Mac 2013, pasangan bercerai di mahkamah Jakarta Selatan.[4]


Rujukan sunting

  1. ^ "Anggota Terpilih Pemilu DPR 2009 Jawa Tengah". pemilu.asia. Dicapai pada 31 Mei 2022.
  2. ^ "Potret Keterpilihan Anggota Legislatif Hasil Pemilu 2014" (PDF). kemenpppa.go.id (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 23 Mei 2022.
  3. ^ 18 Artis Lolos ke Senayan Jadi Anggota DPR RI
  4. ^ "Lidya Kandou Gugat Cerai Jamal Mirdad". April 11, 2013.