Jambatan Manir atau nama sebenarnya Jambatan Sultan Ismail Nasiruddin Shah merupakan jambatan yang menghubungkan Kampung Pulau Rusa (Kuala Terengganu Utara) dengan Kampung Manir (Kuala Terengganu Selatan). Jambatan yang mempunyai panjang sekitar 200manggaran ini merupakan sebahagian daripada Laluan Persekutuan Malaysia 3 dan laluan Tabliczka AH18.svg AH18.[3] Selain itu, orang ramai juga dilarang memancing di atas jambatan tersebut.[4]

Jambatan Manir
جمبتن مانير
MembawaKenderaan bermotor
MenyeberangiSungai Terengganu
Lokasi Tabliczka AH18.svg AH18 Jalan Kota Bharu,
Kuala Terengganu
Nama rasmiJambatan Sultan Ismail Nasiruddin Shah
Nama lain(?)
Dinamakan sempenaAlmarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah
Pemilik(?)
Penyelenggara(?)
Nombor IDFT 03/548/90[1]
Ciri-ciri
Reka bentuk(?)
Bahan(?)
Pembinaan palung(?)
Pembinaan tambangan(?)
Panjang keseluruhan0.2 km (31.495 batu)anggaran[2]
Lebar(?)
Tinggi(?)
Kedalaman air(?)
Tambangan dalam air(?)
Had muatan(?)
Bilangan lorongDua
Sejarah
Reka bentuk kejuruteraan olehJabatan Kerja Raya, Kementerian Kerja Raya, Pos dan Talikom Malaysia
Dibina olehJabatan Kerja Raya, Kementerian Kerja Raya, Pos dan Talikom Malaysia
Kos pembinaan(?)
Dibuka28 Jun 1965
Dirasmikan28 Jun 1965
Perangkaan
Lalu lintas harian(?)
TolTiada
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Sejarah sunting

Jambatan ini dibina pada tahun 60an. Ia telah siap dan dirasmikan oleh Sultan Terengganu pada ketika itu, Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada tahun 28 Jun 1965. Sebelum pembinaan jambatan tersebut, kawasan tersebut dihubungkan dengan penggunaan pengangkutan feri yang beroperasi di Kampung Losong Feri yang berdekatan dengan Muzium Terengganu selain pengangkutan bot penambang.

Jambatan ini merupakan jambatan pertama dibina merentasi sungai Terengganu. Kos pembinaan jambatan ini adalah setengah juta ringgit.[5]

Pada hari perasmian, ramai orang kampung berdiri ditepi Sungai Terengganu sekitar jambatan tersebut. Terdapat pelbagai acara sukan air yang diadakan antaranya acara lumba perahu dan acara mengejar itik. Ketika jambatan tersebut dirasmikan, ia merupakan jambatan ketiga terpanjang di Malaysia.[6]

Jambatan ini agak sempit kerana hanya mempunyai 2 lorong berbanding Jambatan Sultan Mahmud yang mempunyai 4 lorong di samping tidak mempunyai lampu sehinggalah ia dipasang pada awal tahun 80an.

Budaya Popular sunting

Jambatan ini pernah disebut dalam buku tulisan penulis Singapura 60an, iaitu Harun Aminurrasyid dalam bukunya berjudul 'Mengesan Jejak Pelayaran Abdullah Munshi'.

Pada tahun tersebut, ia sebenarnya lebih dikenali sebagai 'Jambatan Pulau Rusa'.

Harun mencatat satu syair yang diperolehi dari buku cenderamata perasmian jambatan ini.

'Tamat-lah sudah riwayat feri,

Jambatan pula menjadi ganti

ini-lah kejayaan kerajaan negeri

demi kema'moran ra'ayat sendiri

Rujukan sunting

  1. ^ Nombor ID Jambatan Manir
  2. ^ Video Jambatan Manir
  3. ^ Jambatan Manir di Google Maps
  4. ^ Larangan memancing di atas jambatan
  5. ^ Harun Aminurrasyid - Mengesan Jejak Pelayaran Abdullah 1966
  6. ^ Sebuah buku terbitan khas sempena keputeraan atau pertabalan Sultan Ismail

Galeri sunting

 
Plak Info Jambatan Manir

Pautan luar sunting