Janissari (berasal dari perkataan Turki UthmaniyyahيڭيچرىYeniçeri bermaksud "tentera baru") terdiri dari unit-unit infantri yang membentuk pasukan pengawal peribadi bagi keluarga dan sultan Uthmaniyyah. Pasukan ini dibentuk oleh Sultan Murad I pada tahun 1383 yang terdiri dari kanak-kanak lelaki Kristian yang dilevi melalui sistem devşirme dari negara-negara jajahan takluk empayar Uthmaniyah pada kurun ke-14[3] Janissari dibubarkan oleh Sultan Mahmud II pada tahun 1826 ekoran Kemalangan Penuh Bermakna[4] di mana lebih 6,000 orang telah dihukum mati.[4]
Janissari Tentera Baru
Janissari dipilih semasa berumur enam tahun di kalangan kanak-kanak Kristian, kebanyakannya penduduk Greek, yang tinggal di Anatolia dan semenanjung Balkan bagi menjadi pasukan tentera elit di empayar Uthmaniyyah. Sebilangan kecil kanak-kanak terpilih ini, sekiranya dianggap berbakat, akan menerima standard pendidikan yang lebih baik untuk dilatih sebagai golongan wizurai memerintah selain jurutera, arkitek, doktor dan ahli fizik.
Shaw, Stanford J. (1976). History of the Ottoman Empire and Modern Turkey (Vol. I). New York: Cambridge University Press. ISBN 978-0-521-29163-7
Shaw, Stanford J. & Shaw, Ezel Kural (1977). History of the Ottoman Empire and Modern Turkey (Vol. II). New York: Cambridge University Press. ISBN 978-0-521-29166-8
Uzunçarşılı, İsmail (1988). Osmanlı Devleti Teşkilatından Kapıkulu Ocakları: Acemi Ocağı ve Yeniçeri Ocağı. Ankara: Türk Tarih Kurumu. ISBN 975-16-0056-1
Rencana ini menggabungkan dan menterjemah teks dari penerbitan sekarang di domain awam: Chisholm, Hugh, penyunting (1911). Encyclopædia Britannica (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-11). Cambridge University Press. Missing or empty |title= (bantuan)