Kumpulan militia Janjaweed (Arabic: جنجويد; kadang-kala disebut Janjawid, Janjawed, Jingaweit, Jinjaweed, Janjawiid, Janjiwid dan Janjaweit, ., diterjemah sebagai "hantu berkuda" atau "lelaki gila berkuda") adalah merujuk kepada pasukan militia di Darfur, barat Sudan, dan di timur negara Chad

Militia Jenjaweed

Kajian PBB mendapati Janjaweed sebagai Arab Badwi yang mengamalkan gaya hidup nomad , bercakap dialek Afrika (Arab hitam atau Afro Arab). Mereka berasal dari Abbala dan dilatih menjadi pengembala lembu. Kini Jenjaweed terlibat dalam kumpulan pemberontakan Sudan iaitu Gerakan Pembebasan Sudan . Sejak 2003 mereka terlibat dalam Konflik Darfur antara puak nomad Arab Islam Sudan dengan bukan Arab Islam Sudan. Mereka berebut sumber asli dan tanah pertanian serta laluan perjalanan binatang. Semua puak yang bertelingkah adalah beragama Islam.

Istilah Janjaweed merupakan dialek di barat Sudan. Jenjaweed merujuk kepada kumpulan pahlawan yang sangat ramai, berduyun-duyun, berkuda, semangat jin , puak nomad, bersenjata rifle dan ganja . Mereka menguasai puak nomad Arab Arika sejak sekian lama dengan menggunakan senjata / militia .

Janjaweed juga dirujuk sebagai tentera Mahdi yang bermazhab Sunnah di barat Sudan. Kawasan ini pernah dikuasai oleh Dinasti Fatimiah dari Mesir yang telah menguasai Rustamid, Sudan.