Jika Masih Ada Rindu

Jika Masih Ada Rindu ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2018 arahan Feroz Kader dibintangi oleh Kamal Adli dan Siti Saleha. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Samarinda TV3 dari 19 Disember 2018 hingga 16 Januari 2019 menggantikan Terbaik Dariku.[1]

Jika Masih Ada Rindu
GenreDrama
Cinta
Dendam
PenciptaShida Zali
Ditulis olehShida Zali
Ema Shamsuri
Jay Ishak
PengarahMohd Feroz Abd Kader
Dibintangi oleh
Siti Saleha
Kamal Adli
Lagu pembukaan"Nadi" oleh Afif Tarmizie
Lagu penutup"Nadi" oleh Afif Tarmizie
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod15
Penerbitan
PenerbitMohd Feroz Abd Kader
Jan Mohd Amin
PenyuntingNik Johan
Farra Alzurin
Lokasi
Tempoh siaran40–42 minit
Syarikat penerbitan
FJ Pictures
Penyiaran
Saluran asalTV3
Siaran asal19 Disember 2018 – 16 Januari 2019
Kronologi
MengikutiTerbaik Dariku
Diikuti olehSetelah Cinta Itu Pergi

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[2]

SinopsisSunting

Mengisahkan Hisham (Kamal Adli) yang kembali mengejar cinta bekas isterinya selepas kemalangan sebaik sahaja dia menceraikan isterinya Wahida (Siti Saleha). Hisham dan Wahida saling mencintai namun kesibukan Wahida dalam membesarkan anak mereka Qistina (Ku Zara Eryna) dan perlu menjaga ibunya yang sakit, telah menjarakkan hubungan mereka. Hisham mula curang dan berani naik tangan akhirnya mengakhiri perkahwinan mereka dengan penceraian.

Malang buat Hisham, sejurus selepas bercerai dia terlibat dengan kemalangan yang mengakibatkan dia hilang ingatan. Tersedar daripada koma, Hisham hanya mengingati peristiwa tiga tahun sebelum kemalangan itu. Memori Hisham kekal dengan ingatan bahawa dia bahagia bersama Wahida. Datin Embun (Fazlina Ahmad Daud), ibu Hisham meminta agar Wahida untuk berlakon di depan Hisham yang dia masih isteri Hisham dan tidak menyebut kisah perceraian mereka. Wahida menolak permintaan Datin Embun. Sudah tiada lagi rasa cinta di hatinya, apa yang tinggal hanyalah kebencian terhadap Hisham.

Apakah yang akan terjadi kepada Hisham jika mengetahui Wahida bukan lagi isterinya? Adakah Wahida akan kembali menerima Hisham?

Pelakon dan watakSunting

Pelakon utamaSunting

Pelakon pembantuSunting

RujukanSunting

  1. ^ Drama Jika Masih Ada Rindu (TV3) My Infotaip (18 Disember 2018). Dicapai pada 6 Jun 2019.
  2. ^ Jika Masih Ada Rindu (2018): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 16 Januari 2019.
  3. ^ Jika Masih Ada Rindu : Siti Saleha teruja jadi Wahida Melaka Kini (30 Mei 2020). Dicapai pada 6 Jun 2020.
TV3: Slot Samarinda, Isnin–Rabu, 10:00 malam
Sebelumnya Jika Masih Ada Rindu Berikutnya
Terbaik Dariku Setelah Cinta Itu Pergi