Jingtang jiaoyu
Jingtang jiaoyu (Cina ringkas: 经堂教育 ; Cina tradisional: 經堂教育 ; pinyin: Jīng táng jiàoyù) secara harfiah bermaksud "pendidikan dewan kitab suci", merujuk pada satu bentuk pendidikan Islam yang dikembangkan di China atau kaedah pengajarannya, yang merupakan pengamalan penggunaa aksara Cina untuk mewakili bahasa Arab.[1]
Pendidikan Islam
suntingJingtang jiaoyu ialah bentuk pendidikan Islam Sunni yang diajar di Xi'an, Shaanxi, oleh Ahong kepada pelajar Muslim. Quran dan teks-teks Islam yang lain diajar dalam kurikulum ini.[2]
Jingtang Jiaoyu diasaskan oleh Hu Dengzhou (1522-1597) semasa zaman Dinasti Ming. Lima buah kitab agama berbahasa Parsi dan al-Quran adalah antara lapan buah buah kita agama membentuk "13 Kitab" (سابقة).[3][4]
Bahasa Arab
suntingDi Jintang Jiaoyu, aksara Cina digunakan untuk mewakili bahasa Arab secara fonetik. Bunyi-bunyi Cina digunakan untuk mengeja bahasa Arab, dan ia tersebar di kalangan pelajar Muslim Cina di wilayah barat laut Shaanxi, terutamanya Xi'an. Satu contoh ini ialah salaam, yang diwakili dengan aksara Cina sebagai 赛俩目 (sài liǎng mù).[5][6] Sistem aksara Cina ini membolehkan pelajar untuk mengeja bahasa Arab secara kasar, berbanding menggunakan aksara untuk menterjemahkan maksudnya.[7]
Jingtang jiaoyuan mengandungi unsur-unsur tatabahasa Cina klasik dengan perbendaharaan kata Arab dan Parsi, beserta perbendaharaan kata Cina dialek, kata-kata semua perkataan dalam tatabahasa Cina Klasik tanpa mengira susunan perkataan bahasa Cina, Arab atau Parsi yang betul.[8]
Jingtang jiaoyu dikritik keras kerana tidak mengeja bahasa Arab dengan betul, dengan pelajar mendasarkan sebutan mereka pada bahasa Cina. Ramai orang Hui yang mengucapkan salaam aleikun di sebalik salaam alaikum.
Aliran Gedimu yang bermazhab Hanafi berpegang teguh pada adat Cina dan kaedah pendidikan Jintang Jiaoyu, dengan menggunakan sebutan tradisional hingga kepada pembelajaran sebutan bahasa Arab standard. Aliran Yihewani yang juga bermazhab Hanafi mengkritik Gedimu kerana mengamalkan adat yang dipengaruhi budaya Cina, termasuklah Jintang Jiaoyu. Orang Islam Yihewani sendiri berbangga dengan pertuturan bahasa Arab yang "betul", dengan menuduh orang Islam Gedimu mengamalkan adat Han dan agama Buddha dan "bahasa Arab kecinaan". Seorang Imam Yihewani berkata bahawa Gedimu "taklid membuta tuli terhadap tradisi nenek moyang mereka".[9]
Contoh
suntingBahasa Arab | Perumian bahasa Arab | Bahasa Cina | Pinyin | Xiao'erjing | Maksud dalam bahasa Melayu |
---|---|---|---|---|---|
قبول | qabūl | 蓋布勒 | gàibùlēi | قَيْ بُ لؤِ | penerimaan |
نفي وإثبات | nafy wa-’ithbāt | 乃非 - 伊司巴提 | nǎifēi yīsībātí | نَيْ فؤِ ءِ سِ بَ تِ | penafian dan kepastian |
سلام | salām | 赛俩目 | sàiliǎngmù | سَيْ لِيْا مُ | sejahtera |
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ Stéphane A. Dudoignon, Hisao Komatsu, Yasushi Kosugi (2006). Intellectuals in the modern Islamic world: transmission, transformation, communication. Taylor & Francis. m/s. 322. ISBN 978-0-415-36835-3. Dicapai pada 2010-11-28.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
- ^ Maris Boyd Gillette (2000). Between Mecca and Beijing: modernization and consumption among urban Chinese Muslims. Stanford University Press. m/s. 78. ISBN 0-8047-3694-4. Dicapai pada 2010-11-28.
- ^ Kees Versteegh; Mushira Eid (2005). Encyclopedia of Arabic Language and Linguistics: A-Ed. Brill. m/s. 380–. ISBN 978-90-04-14473-6.
- ^ ALLÈS & CHÉRIF-CHEBBI & HALFON 2003, p. 13.
- ^ Jonathan Neaman Lipman (2004). Familiar strangers: a history of Muslims in Northwest China. Seattle: University of Washington Press. m/s. 50. ISBN 0-295-97644-6. Dicapai pada 2010-11-28.
- ^ Jianping Wang (2001). 中国伊斯兰教词汇表. Psychology Press. m/s. 95. ISBN 0-7007-0620-8. Dicapai pada 2010-11-28.
- ^ Maris Boyd Gillette (2000). Between Mecca and Beijing: modernization and consumption among urban Chinese Muslims. Stanford University Press. m/s. 104. ISBN 0-8047-3694-4. Dicapai pada 2010-11-28.
- ^ Maris Boyd Gillette (2000). Between Mecca and Beijing: modernization and consumption among urban Chinese Muslims. Stanford University Press. m/s. 104. ISBN 0-8047-3694-4. Dicapai pada 2010-11-28.
- ^ Maris Boyd Gillette (2000). Between Mecca and Beijing: modernization and consumption among urban Chinese Muslims. Stanford University Press. m/s. 106. ISBN 0-8047-3694-4. Dicapai pada 2010-11-28.